1 - NADINE SOFEA

12.2K 345 14
                                    

"Nadine!"

Encik Adlee menjerit dari aras bawah. Pinggang dicekak sambil kepala mendongak ke atas menunggu kelibat anak gadis cantiknya itu muncul.

"Nadine! Dah siap ke tu? Cepat lah sikit. Harlem dah tunggu Nadine ni, nak." jerit Encik Adlee nyaring.

Sempat mata menjeling ke arah Harlem yang sepertinya gelisah. Rambut yang rapi tadi sudah kelihatan sedikit kusut kerana dari tadi kepala itu asyik di garu. Jam di pegelangan tangan juga entah berapa kali ditilik.

Melihat keadaan Harlem sebegitu rupa membuatkan Encik Adlee menjadi serba salah pula.

Si Nadine ni pun satu. Entah apa yang dia buat di dalam biliknya. Hampir satu jam Harlem menunggu tapi wajah cantik anak gadisnya itu belum muncul-muncul lagi.

"Nadine!" sekali lagi Encik Adlee menjerit.

"Uncle Adlee." Harlem berdiri lalu mendekati Encik Adlee.

"Harlem naik atas lah panggil si Nadine tu. Kitaorang dah lambat sangat ni, uncle." wajah Harlem kelihatan gelisah.

Encik Adlee diam seketika. Mata memerhati anak muda tampan itu atas bawah. Berat rasa hatinya mahu membenarkan lelaki itu masuk ke dalam bilik Nadine.

"Uncle, please." Harlem mencantum kedua belah tapak tangan tanda merayu.

Encik Adlee mendengus lemah. Lambat kepala mengangguk.

Harlem mengukir senyuman lebar.

"Thank you, uncle." Harlem terus membuka langkah menjejak kaki pada anak tangga.

"Tapi..." kaki Harlem tiba-tiba mati. Badan dipusing menghadap Encik Adlee semula.

Kening Harlem di angkat tinggi.

"Kamu jangan buat benda pelik-pelik pula nanti. Uncle ni lama tak pukul orang." ugut Encik Adlee halus.

Harlem ketawa kecil. Haih, ingat apa lah tadi.

"Iya lah, uncle. Uncle ni pun. Macam tak kenal Harlem pula. Okay lah, Harlem naik atas dulu. Sekejap saja. Uncle jangan risau okay?" pamitnya lalu meneruskan langkah naik ke atas.

Risau Encik Adlee itu langsung tak bertempat. Lagipun dia nak buat apa dekat Nadine tu? Dia dengan Nadine sudah berkawan dari kecil kut. Nak pandang si Nadine tu pun Harlem langsung tak bernafsu.

Kaki Harlem pantas menuju ke bilik tidur Nadine. Setiap selok belok rumah ini Harlem sudah arif benar. Rumah Nadine seakan rumah kedua buat Harlem. Begitu juga rumah Harlem. Nadine selamba keluar masuk rumah agam milik keluarganya sehinggakan ayah dan mama Harlem tidak terkejut apabila terserempak dengan Nadine di dalam rumah mereka.

Pintu diketuk kuat sebaik saja tiba.

"Nadine! Mana kau? Kita dah lambat ni. Nadine!" besar suara Harlem.

Masih belum ada respons. Harlem mula geram.

Memang nak kena perempuan ni. Harlem mendengus.

"Nadine-"

"Harlem." baru saja pintu hendak diketuk semula, wajah Nadine terpacul di muka pintu.

"Kau buat apa lama sangat dalam tu? Satu jam aku tunggu kau. Armani dah call aku, tanya bila kita nak gerak. Kau macam tak tahu mulut kawan baik kau tu membebel." marah Harlem.

"Sekejap, Harlem. Saya nak cari cincin saya. A-awak masuk dulu. Sekejap tau." Nadine kembali berlari ke meja soleknya dan menyelongkar semula laci serta bakul-bakul kecil di atas meja.

Harlem menggeleng kepala sambil membuntuti Nadine dari belakang.

"Cincin apa pula ni, Nadine?" Harlem bercekak pinggang memerhati Nadine ke hulur hilir tunduk berdiri membongkok, tegak mencari cincin yang disebutnya tadi.

NADINE SOFEAOn viuen les histories. Descobreix ara