38 - NADINE SOFEA

4.9K 492 44
                                    

Majlis masih berlangsung dengan meriahnya. Nadine pula sedikit demi sedikit berjaya menyesuaikan diri di dalam majlis keramaian seperti ini.

Malah, dia makin seronok kerana dapat mengenali ahli keluarga Harlem yang lain. Apa lagi bila dia dapat bertemu semula dengan si kembar yang pernah diasuhnya dulu selama 6 bulan, Niel dan Aarav. Makin comel je budak dua orang tu.

"Aku pergi tandas. Sekejap je. Tak lama." Harlem senyum lucu melihat wajah Nadine berubah cuak apabila menyedari dia tiba-tiba berdiri.

Nadine angguk lalu meneruskan perbualan bersama Delilah, sepupu Harlem yang baru dikenalinya.

Harlem sempat berbual sebentar bersama ahli keluarganya yang lain sebelum tiba di bilik air. Dia memang tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi perhatian tetamu yang hadir pada malam ini memandangkan Harlem juga baru melangsungkan perkahwinan tempoh hari.

Iyalah kan? Mesti mereka mahu ambil tahu tentang perkembangan kehidupan dia dan Nadine selepas berumah tangga. Nak tak nak Harlem terpaksa layankan saja atas dasar hormat.

Usai melepaskan hajat, Harlem membawa diri ke sinki untuk membersihkan tangan. Baru saja kaki mahu melangkah keluar dari bilik air, kehadiran Lilia di situ hampir mencabut jantungnya.

"You buat apa di sini, Lilia?" tanya Harlem pelik melihat kehadiran Lilia dalam tandas lelaki.

Tidak selesa dengan pandangan tetamu lelaki yang turut masuk ke dalam tandas itu memaksa Harlem menarik tangan Lilia sehingga ke ruangan kosong di antara tandas lelaki dan perempuan.

"You cari I?" tanya Harlem lagi.

Lilia cuma angguk tersenyum kecil.

"I nampak you dengan Nadine macam dah berbaik semula. Betul ke?" Lilia membuka bicara. Suaranya kedengaran tenang.

Harlem memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sengaja soalan Lilia tidak di jawab. Dia tahu pasti ada maksud tersirat tentang pertanyaan itu.

"I tumpang gembira kalau you dengan Nadine dah tak gaduh lagi. Tapi tulah, sama ada I buta atau hmm, I don't know, cara you layan Nadine macam tak ikhlas. Nampak berlakon je. Berpura-pura." senyuman sinis hadir bibir Lilia.

"Maksud you apa, Lilia? I tak faham." Harlem menggeleng kepala.

Lilia tertawa pula. "Tak faham konon."

"Kalau memang tak ada benda yang you nak cakapkan, I pergi dulu." dia tidak mahu membuang masa di sini. Nadine pasti sedang menunggunya sekarang.

"I mengaku, Harlem. I sakit hati bila I dapat tahu yang you rela kahwin dengan Nadine semata-mata sebab ayah you. You tetap kahwin dengan dia tanpa pedulikan perasaan I. You tahukan I sayang you sangat-sangat. I always love you, Harlem." tangan lelaki itu diraih.

"Lilia, please. Kita dah cakap fasal benda ni. Jangan buat I rasa tak selesa dengan you." Harlem melepaskan tangannya dari genggaman Lilia.

"Kenapa Nadine selalu jadi penghalang buat kita?"

"Lilia, stop." marah Harlem mula memuncak.

"Jangan cakap benda mengarut and I tak suka you cuba kaitkan Nadine."

Lilia tertawa sinis. Kepalanya digeleng berkali-kali. "Tak kisahlah, Harlem. Yang penting I lega bila I tahu apa tujuan sebenar you kahwin dengan dia. Bila semua rancangan you dah selesai, I boleh lah dapatkan you balik kan? I tak rugi apa pun malah I gembira sebab boleh tengok Nadine hancur disebabkan orang yang dia sayang."

"Stop, stop. You merepek apa ni, Lilia? Are you drunk? You better stop talking kalau niat you cuma nak membebel benda yang tak penting-"

"Jadi you rasa benda I simpan ni pun tak penting?" Lilia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan.

NADINE SOFEADonde viven las historias. Descúbrelo ahora