23 - NADINE SOFEA

3.6K 371 25
                                    

Tubuh langsing yang dibaluti gaun pengantin berwarna putih itu Nadine renung tanpa berkedip di hadapan cermin. Semua yang sedang berlaku ini bagaikan sebuah mimpi yang panjang.

Begitu lah takdir Tuhan. Bagaimana sekalipun Nadine berusaha selama ini mahu menjauhkan diri dari Harlem dan dari segala kenangan pahit mereka, Tuhan cipta sebuah jalan untuk menemukan mereka semula dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh Nadine sendiri.

Berkahwin dengan Harlem.

Nadine tidak gembira dengan perkahwinan ini walau hatinya masih ada untuk Harlem. Apa ertinya ikatan ini jika hanya di pihak Nadine saja yang mencintai walhal perasaan Harlem kosong.

Nadine juga sedang mempersoalkan tindakan sendiri. Mengahwini Harlem sama seperti menjerat leher sendiri.

Adakah kerana atas nama cinta pada lelaki itu Nadine hanya mengiyakan segala permintaan Harlem?

Atau tawaran Harlem tempoh hari supaya Nadine dapat melangkah keluar dari rumah Dato' Akhbar dan membina hidup baru, Nadine butakan mata dengan kebencian Harlem terhadapnya?

Apapun alasannya, kau tetap bodoh, Nadine.

Suara hati mengundang tawa sinis sendiri. Iya, dia memang bodoh.

"Nad..."

Nadine berpaling ke belakang melihat ke arah pintu. Bibir merahnya mengoyak senyuman.

"Hi." sapanya.

"Are you okay?" soal Ezra sambil melangkah mendekati Nadine.

Gadis itu masih senyum. Kepalanya mengangguk perlahan.

"Okay je."

"Malam ini you nampak paling cantik." puji Ezra ikhlas memandang Nadine atas bawah. Gaun putih ringkas itu cukup menyerlahkan kecantikan yang di miliki Nadine.

Beruntungnya Harlem.

"Thanks." Nadine tertawa kecil.

"Hari ini Nadine I dah jadi isteri orang. So maksudnya tugas I untuk jaga you dah pun selesai." ujar Ezra. Tipu lah kalau Ezra tak sedih.

Jatuh bangun Nadine, tawa dan air mata gadis itu, Ezra sentiasa ada di sisi Nadine. Dan mulai detik ini, semuanya sudah berubah.

Ezra sebak namun dalam masa yang dia juga turut gembira untuk Nadine.

"Don't say that. Awak buat saya rasa sedih tau." balas Nadine sedaya upaya menahan air mata yang hampir mengalir.

"Kalau Luna masih ada, mesti dia happy sangat tengok you pakai gaun pengantin malam ni." wajah comel Luna mula menjengah di ingatan Ezra.

"I know. Luna pernah bagitahu saya, dia nak sangat tengok saya kahwin dengan my dream man. So here I am walaupun sebenarnya saya rasa tak happy langsung dengan semua ini." Nadine senyum kelat. Gaun pengantin dipandang sekilas.

Jari Ezra menyentuh pipi mulus Nadine.

"Semua orang akan diberikan peluang untuk bahagia, Nad and you pun sama. I selalu doakan kebahagiaan you. Kalau betul Harlem memang ditakdirkan untuk you, dia akan kembali juga pada you lagi. Jangan fikir sangat ya. Kalau you sedih just cari I. Okay?" Ezra cuba menenangkan Nadine.

Dia tahu Nadine sedang berperang dengan perasaan sendiri. Memikirkan hari-hari yang bakal ditempuhi bersama suami berhati kosong seperti Harlem. Ezra tahu Nadine bakal terluka.

Tapi dia tidak punya hak untuk menghalang. Pasti Nadine sanggup melakukan semua ini atas sebab tersendiri.

"Thanks, Ezra. Awak dah banyak sangat tolong saya selama ni." Nadine hampir mahu menangis lagi.

NADINE SOFEAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें