21 - NADINE SOFEA

3.7K 356 35
                                    

"Ayah sedar tak apa yang ayah dah buat sekarang ni?" soal Harlem sarat dengan perasaan marah.

Wajah tenang Tengku Mazhar yang duduk menghadapnya itu ditatap tajam.

Marah.

Kecewa.

Semua perasaan itu bersatu menampar jiwa Harlem.

"Ayah buat semua ini sebab ayah sayang Harlem." tenang Tengku Mazhar menjawab.

Harlem hanya mampu membalas dengan senyuman sinis. Dia sudah naik jemu mendengar sebaris alasan paling tak masuk akal dari ayahnya.

"Selama ini, Harlem cuba jadi yang terbaik untuk ayah supaya ayah bahagia lepas mama tinggalkan kita. Tapi sekarang ini yang Harlem dapat dari ayah?"

"Ayah ingat dengan pengumuman mengejut ayah semalam dan tanpa berbincang langsung dengan Harlem, Harlem akan terus setuju dengan rancangan gila ayah tu?" luah Harlem geram.

Darahnya hampir mencecah ke kepala kerana terlalu sakit menahan amarah buat sang ayah.

"Ayah hanya nak yang terbaik untuk anak-anak ayah. Ayah nak Harlem bahagia macam orang lain." balas Tengku Mazhar lagi. Riaknya masih setenang tadi.

"Harlem takkan bahagia kalau Harlem terpaksa berkahwin dengan anak dari seorang lelaki yang dah hancurkan keluarga kita."

"Anak seorang pembunuh!"

PANG!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Harlem. Mata Harlem berkaca. Pedih yang terasa di pipi belum dapat menandingi rasa sakit yang ada di hatinya.

"Jaga mulut kau, Harlem. Kau tak layak menghukum orang sekejam itu padahal kau sendiri tak tahu ceri-"

"Harlem akan pastikan rancangan ayah tak akan pernah berlaku. Mati hidup semula pun Harlem takkan sudi jadikan Nadine sebagai isteri Harlem sampai bila-bila."

"Kau jangan cabar aku, Harlem!" tinggi suara Tengku Mazhar. Jari tepat menunding ke arah wajah anak lelakinya.

"Sama ada Harlem setuju atau tidak, dalam masa satu bulan dari sekarang Harlem akan kahwin dengan Nadine. Harlem sendiri tahu kan ayah boleh buat apa saja untuk dapatkan apa yang ayah mahu?"

Harlem senyum sinis. Ya, dia kenal benar sikap Tengku Mazhar yang satu itu. Pantang dicabar dan pantang mengalah.

"Dan ayah pun tahu juga kan siapa yang mewarisi sikap keras kepala ayah sekarang?"

Tengku Mazhar terdiam seketika.

"Ayah akan menyesal kalau ayah masih nak teruskan dengan rancangan bodoh ayah tu. Jangan sampai lepas ni anak ayah hanya tinggal abang Hardy sorang saja."

Harlem terus berlalu pergi meninggalkan Tengku Mazhar di situ. Orang tua itu termangu menghantar kelibat Harlem yang semakin menghilang.

Apa yang dia cuba lakukan sekarang hanyalah mahu memperbetulkan kisah silam mereka.

"Harlem, tunggu."

Suara Hardy menerpa sebaik saja Harlem melangkah keluar dari bilik bacaan milik Tengku Mazhar.

Langkah Harlem terhenti. Wajah serba salah Hardy dan Lilia di pandang silih berganti.

"Aku dengan Lilia dengar tadi..." beritahu Hardy.

Harlem diam.

"Tenangkan diri kau dulu, Harlem. And biar ayah tenangkan diri dia juga. Kau dengan ayah tu sama-sama api. Lepas dah reda nanti datanglah balik jumpa dia dan kau berdua bincang lagi." Hardy cuba memberikan nasihat.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now