29 - NADINE SOFEA

4.7K 444 35
                                    

Badan dipusing ke kiri dan ke kanan untuk mencari posisi yang lebih selesa, namun mata masih belum mahu memberi kerjasama.

Tapi bukan salah matanya juga, Nadine saja yang tiba-tiba gatal mahu tidur lebih awal malam ini.

0830 malam.

Orang yang langsung tidak buat apa-apa macam dia memang tak patut tidur seawal itu.

Nadine bukan apa.

Dia bosan. Telefon bimbit masih belum ada. Nak kemas rumah pun macam tak patut saja malam-malam begini tiba-tiba nak mop rumah.

Tengok tv?

Yes!

Nadine lantas bangun dari pembaringannya.

Betul juga kan. Kenapalah Nadine tak terfikir tentang televisyen yang jarang sekali dipasang di ruang tamu. Otak biul betul.

Kaki mula bergerak keluar dari bilik tidur untuk menuju ke tingkat bawah. Nyanyian kecil bermain di bibir sepanjang membawa langkah ke ruang tamu.

Namun, hayunan kaki tiba-tiba terhenti apabila melihat Harlem sudah terlebih dahulu berada di situ.

Rasanya macam hari ini Nadine baru terserempak lagi dengan Harlem di dalam rumah ini selepas 3 hari masing-masing mengelak diri.

Sejak dari majlis reunion kolej Harlem tempoh hari, lelaki itu kembali menjadi dirinya sendiri.

Dingin.

Tapi itulah yang sepatutnya yang terjadi di dalam perkahwinan mereka pun, kan?

Sabar Nadine. Tinggal dua bulan lagi.

Serentak, mata Nadine dan Harlem bertemu. Pantas Nadine mengalihkan pandangan lalu berpura-pura berjalan menuju ke arah dapur.

Sengaja Nadine berlama-lama di dapur sebelum berniat untuk masuk ke bilik tidurnya semula.

Rasa kekok sangat tau.

Cuci tandas bilik sajalah lepas ni kalau menonton tv pun tak dapat.

Nadine berjalan pantas melintasi ruang tamu untuk sampai ke anak tangga.

"Nak tengok tv ke?" suara Harlem itu mematikan langkah Nadine.

"Tak-"

"Buka lah kalau nak tengok." sambung Harlem lagi.

"No, it's okay. Awak pun tengah buat kerja kan? Nanti ganggu pula." balas Nadine sempat memerhati kertas-kertas yang berselerak di atas meja.

"Kalau mengganggu aku tak pelawa pun kau tadi. Tu remote. Buka je. Aku tak kisah." Harlem kembali menatap skrin laptop.

Nadine kaku di situ sebentar. Kepala yang tidak gatal itu di garu. Haih. Serba salah pula di buatnya.

Setelah lama berfikir, Nadine mengambil keputusan untuk menonton televisyen saja.

Dah dia sendiri yang kata tak mengganggu tadi kan? Tapi nanti kalau bising jangan salahkan dia pula.

Remote tv diambil lalu melabuhkan punggung di atas sofa single berdekatan televisyen nipis itu.

"Selesa ke tengok tv macam tu?" soal Harlem sedikit mengejutkan Nadine.

Dia berpaling memandang Harlem. Mata lelaki itu masih lekat melihat skrin laptop miliknya.

"Er, selesa rasanya." tiba-tiba Nadine rasa tidak yakin pula. Kepala tunduk mahu memeriksa posisi.

Sebenarnya agak sempit juga untuk dia bergerak menyelesakan diri.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now