37 - NADINE SOFEA

4.1K 445 39
                                    

Roti bakar berinti peanut butter bersama kaya pandan dihidangkan di atas meja makan. Sarapan pagi ini cukup ringkas. Kopi panas, roti bakar dan bihun goreng.

Mendengar derapan kaki Harlem turut mempercepatkan langkah Nadine untuk mendapatkan lelaki itu di ruang tamu.

"Harlem?" panggil Nadine.

Langkah Harlem tidak jadi menuju ke pintu masuk rumah. "Yes?"

"Nak sarapan dulu tak? Saya dah siapkan sarapan." ajak Nadine. Hari ini dia mahu mencuba nasib mempelawa Harlem. Kalau ditolak dan kena marah lagi macam hari tu, Nadine pekakkan saja telinga nanti. Macam tak biasa.

Harlem pandang jam tangannya sekilas lantas menggangguk kecil.

"Sure." kaki di lencong menuju ke ruangan makan. Nadine tersenyum lega.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Melihat makanan yang terhidang di atas meja, membuatkan air liur Harlem jadi kecur. Perutnya jadi tak sabar mahu menjamah.

"Nak bihun?" soal Nadine.

Harlem angguk. Mata ralit memerhati Nadine menyediakan makanan untuknya. Jadi begini rasanya dapat layanan baik daripada isteri.

Harlem rasa...bahagia. Ya, dia bahagia.

Pinggan yang berisi bihun goreng dan roti bakar diletakkan di hadapan Harlem.

"Thanks." ucapnya. Bihun goreng disuapkan ke mulut.

Deria rasa kata sedap. Jangan pernah dipertikaikan lagi air tangan Nadine. Masaklah apa pun semuanya akan menjadi kegemaran Harlem.

"Kejap lagi aku belikan handphone baru untuk kau. Nanti aku minta Gary hantarkan ke sini." beritahu Harlem membuatkan Nadine tidak jadi menyuapkan roti bakar ke dalam mulut.

"Tak payah susah-susahlah, Harlem. Saya boleh beli sendiri." balas Nadine menolak.

Mata Nadine ditatap tajam. "Menyusahkan lagi untuk aku bila kau tak ada telefon bimbit, Nadine. Kau tak tahu aku hampir jadi gila bila aku tak dapat call kau semalam. Kalau kau nak beli sendiri, kenapa tak beli dari dulu lagi?"

Nadine terdiam seketika. Tangan yang memegang garfu menguis bihun goreng yang belum terusik di dalam pinggan.

"Saya lupa nak beli." jawab Nadine bohong. Bukan lupa tapi duit Nadine belum cukup.

"So kalau macam tu biar aku saja yang beli. Senang kan?"

Lama Nadine menatap wajah Harlem. Kerjanya memang suka nak menyusahkan Harlem saja.

"Kenapa buat muka macam tu?" tanya Harlem hairan melihat muka Nadine monyok.

Nadine tunduk perlahan menyembunyikan wajahnya. "Saya selalu menyusahkan awak." Nadine jadi serba salah.

Perlahan tangan Nadine diraih.

"Kau tanggungjawab aku, Nadine. Jangan pernah rasa kau menyusahkan aku."

Senyum nipis tergaris di bibirnya. Hati Nadine terasa hangat. Kenapa Harlem manis sangat ni?

"Terima kasih, Harlem. Saya takkan pernah lupa semua kebaikan awak walaupun kita dah berpisah nanti."

Wajah Harlem berubah keruh. Tangan Nadine yang berada di dalam genggamannya terus dilepaskan. Perbuatan Harlem itu sedikit menyentakkan Nadine.

"A-aku dah lambat. Aku pergi dulu." Harlem bingkas bangun. Tidak sempat Nadine berkata apa-apa, dia hanya mampu menghantar langkah Harlem meninggalkannya di situ.

Sumpah Nadine rasa terkesima sebentar. Dia ada salah cakap ke tadi sehingga Harlem boleh berubah dingin sedrastik itu?

Makanan yang sedikit terusik di dalam pinggan Harlem direnung kecewa. Salahnya juga kerana mematikan selera Harlem tadi. Kan dah kena tinggal macam tu saja.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now