35 - NADINE SOFEA

4.1K 462 58
                                    

Sinaran matahari pagi yang tepat memancar di wajah Nadine berjaya mengganggu lenanya. Sebaik mata dibuka, kelopak matanya terpisat-pisat melawan cahaya matahari.

Nadine kalihkan kepala di sebelah. Tiada lagi kelibat Harlem di situ. Mata mula meliar mencari jam. Yang pasti hari sudah menginjak siang melihat kepada terangnya cahaya matahari di luar.

1015 pagi.

Kening Nadine di angkat tinggi. Ini baru betul-betul tidur orang kata. Tak ingat dunia dah.

Sempat kepala menggeleng sebelum dengan perlahan kaki menuruni katil bersaiz king itu. Tujuannya mahu mencuci muka di bilik air

Namun, belum sempat Nadine melangkah ke sana, telinganya menangkap bunyi riuh rendah di tingkat bawah. Macam bunyi suara budak kecil.

Eh? Daisy barangkali. Nadine senyum teruja lalu melencongkan langkah keluar dari pintu bilik. Dengan penuh berhati-hati, Nadine bawa kakinya yang masih sedikit pedih itu menuruni anak tangga.

Sesampai di tingkat bawah, membulat besar mata bundar Nadine melihat kehadiran Tengku Mazhar bersama isterinya serta Daisy dan Hardy di ruang tamu.

"Aunty Nadine!" suara penuh teruja Daisy mengejutkannya. Pantas saja kaki Daisy mendapatkan Nadine yang tidak sempat menyembunyikan diri di sebalik dinding.

"Lama Daisy tunggu aunty bangun. Daddy cakap tak boleh ganggu aunty tengah tidur tadi jadi Daisy tunggu aunty dekat bawah. Jom!" tangan Daisy menarik tangan Nadine ke ruang tamu.

"Daisy, hati-hati bawa aunty tu. Kaki aunty masih sakit sayang." pesan Hardy.

Setiba di ruang tamu, Nadine menyalami Tengku Mazhar, Cik Puan Qaseh dan Hardy lalu merebahkan punggung di atas sofa yang kosong.

"Ayah bila sampai?" soal Nadine serba salah.

"Lama dah. Macam mana kaki Nadine? Dah okay?" soal Tengku Mazhar memandang sekilas kaki menantunya yang masih berbalut.

"Hm. Okay sikit." Nadine angguk kecil.

"Ayah kenapa tak bagi je Daisy kejut Nadine? Kesian ayah, aunty dengan abang tunggu lama-lama di sini. Dengan belum mandinya Nadine turun jumpa ayah macam ni." sumpah Nadine rasa segan sangat-sangat sekarang.

Mesti telintas rasa sesal Tengku Mazhar mengahwinkan anak lelakinya dengan perempuan macam dia kan? Nak menyorok pun tak sempat bila Daisy terlebih teruja melihatnya tadi.

"Harlem yang tak bagi kitaorang ganggu Nadine tadi sebelum dia keluar. Katanya Nadine masih penat sebab tak nyenyak tidur di hospital kelmarin." sahut Hardy pula.

Harlem keluar? Pergi mana?

"Harlem ajak kitaorang makan tengahari di sini. Tadi dia dengan Lilia keluar sekejap beli barang dapur."

Nadine sedar air mukanya sendiri berubah namun sedaya-upaya cuba di kawal.

Keluar dengan Lilia?

"Walaupun hari ni ayah jadi tetamu Nadine tapi Nadine tak perlu buat apa-apa. Biar aunty Qaseh yang masak untuk makan tengahari kita hari ni. Nadine rehat saja ya?" sempat mata Nadine bertemu dengan isteri baru ayah mertuanya.

Mereka saling berbalas senyuman. Sejak masuk ke dalam keluarga Harlem, jarang sekali Nadine berinteraksi dengan wanita itu. Hanya sekadar berbual kosong dalam waktu yang singkat saja. Hardy juga pernah cerita, ibu tirinya itu memang jenis pendiam orangnya. Cakap bila perlu.

"Tu uncle dengan aunty dah sampai." suara Daisy membuatkan semua kepala serentak berpaling melihat kedatangan Harlem dan Lilia.

Mereka berdua memang nampak sepadan. Tanpa sedar, hati Nadine berkata begitu.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now