27 - NADINE SOFEA

5.8K 438 37
                                    

"Sial."

Sumpah Lilia perlahan. Memikirkan kejadian semalam menambahkan lagi api dalam kemarahan Lilia. Kalau saja dia berjaya melanggar Nadine semalam, mungkin dendamnya sudah diganti dengan rasa puas dan gembira.

Kenapa mesti Harlem menyelamatkan perempuan tak guna tu? Siap pegang tangan lagi?! Apa yang ada pada Nadine di mata Harlem hinggakan  sampai ke hari ini lelaki itu sukar melupakan Nadine?

Sedangkan dia jauh lebih baik, jauh lebih sempurna dari perempuan itu!

Sangkanya Harlem benar-benar membenci Nadine tapi kenapa lelaki itu masih rela menikahi Nadine juga?!

Huh!

'Tok!'

Bunyi ketukan pintu terasa menganggu. Dengusan kasar kedengaran di bibir sebelum Lilia dengan malas membuka pintu bilik tidurnya.

"Hm? Nak apa?" soal Lilia menjeling bibik di muka pintu.

Muka bibik takut-takut mahu menjawab.

"Cik Puan Qaseh minta saya panggilkan Cik Lilia ke bawah. Siap-siap nak makan malam sebab Tengku Harlem dalam perjalanan nak sampai ke sini."

"Oh my god! Harlem datang!" sorak Lilia tiba-tiba.

Sempat bibik melatah kuat kerana terlalu terkejut dengan suara nyaring Lilia tadi. Dadanya diurut perlahan.

Lilia segera menutup pintu untuk bersiap sedia mencantikkan diri di hadapan Harlem nanti. Kebetulan semalam dia ada beli baju baru. Tipu kalau Harlem tak tergoda. Ini Lilia lah!

Bibik melatah sekali lagi mendengar bunyi pintu itu dihempas kuat.

Kurang asam betul!

Dasar perempuan tak tahu malu!

"Tengku tu dah kahwin pun masih nak menggatal. Perempuan tak laku macam tu lah. Terdesak!" bebel bibik perlahan.

Dia sebenarnya tak berapa berkenan dengan Lilia. Di hadapan orang lain bukan main lagi malaikatnya. Tapi bila dengan pembantu rumah di dalam rumah agam milik Tengku Mazhar, macam dia pula yang permaisuri.

"Aunty Nadine!" suara Daisy menjerit dari bawah sampai ke tingkat atas kedengaran.

"Hi, budak comel." Nadine membawa Daisy ke dalam pelukannya sebaik dia dan Harlem melangkah masuk ke dalam rumah.

"Rindunya dekat aunty. Lama tak jumpa." Daisy masih seronok memeluk Nadine.

"Tak payah nak mengada lah, budak kecik!" Harlem di sebelah mencubit pipi Daisy.

Bukan main lagi dia dengan aunty Nadine dia tu kan? Kita dekat sebelah tak pandang langsung pun.

"Uwek!" Daisy menjelir lidah.

"Harlem, Nad. Lama dah sampai?" Tengku Mazhar muncul.

"Ayah. Baru saja sampai." Harlem segera menyalami ayahnya. Begitu juga Nadine.

"Daisy tolong panggil daddy dekat atas boleh sayang? Cakap uncle Harlem dengan aunty Nadine dah sampai." pinta Tengku Mazhar kepada Daisy.

Anak kecil itu melepaskan pelukan Nadine lalu menurut arahan datuknya.

"Har...!" suara teruja Lilia tersekat di kerongkong sebaik terlihat kelibat Nadine di situ.

Marah mula datang lagi. Malu pun ada apabila Tengku Mazhar juga bersama mereka.

Sangkanya Harlem datang seorang diri.

"Saya ke dapur sekejap. Nak panaskan lauk." pamit Nadine membawa bekas berisi lauk tomyam ayam yang dimasaknya di rumah tadi.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now