33 - NADINE SOFEA

4.7K 478 46
                                    

Tegang.

Sangat tegang.

Suasana begini mengundang rasa janggal dalam diri Nadine ketika ini. Sampaikan mahu bernafas pun dia rasa serba salah.

Mata leka memandang Harlem di kanan dan Ezra di sebelah kiri katilnya silih berganti. Beberapa minit sudah berlalu, dua jejaka kacak itu tidak berhenti merenung antara satu sama lain. Macam nak tembus saja dahi masing-masing.

Ada pertandingan renung-merenung ke sekarang? Sampai tak berkedip langsung mata tu Nadine perhatikan dari tadi.

"Saya nak pergi tandas." beritahu Nadine. Malas nak ambil port. Buang air lagi bagus.

"Aku hantarkan."

"I teman you."

Serentak mulut Harlem dan Ezra menjawab. Dahi Nadine berkerut melihat perangai aneh dua orang lelaki di hadapannya.

Demam ke apa?

"Saya boleh pergi sorang." Nadine bersedia mahu turun dari katil.

"No." sekali lagi Nadine terkejut mendengar jawapan serentak Harlem dan Ezra.

Dah gila agaknya kut?

Berebut Harlem dan Ezra mahu membantu Nadine sampaikan kedua belah tangannya ditarik ke kiri dan kanan.

"Tak payah pegang lah!" Nadine jadi rimas. Suaranya sedikit tinggi membuatkan Harlem dan Ezra membatu seketika.

Sempat dua jejaka kacak itu dijeling sebelum Nadine membuka langkah perlahan menuju ke tandas.

"Nadine, aku tolong-"

"No, it's okay, Harlem. Saya dah boleh jalan sendiri. Tak sakit mana pun. Awak tunggu sini je." halang Nadine lagi.

Mata Harlem dan Ezra bertemu. Sakit hati melihat reaksi muka Ezra seakan mengejeknya.

Padan muka kena reject!

Usai menyelesaikan hajat, Nadine keluar semula dari tandas. Harlem dan Ezra juga serentak berdiri dari tempat duduk masing-masing mahu membantu namun Nadine pantas beri isyarat 'Tidak Mahu'.

Perangai Harlem dan Ezra pelik sangat hari ini sehingga merimaskan dia. Nak saja Nadine halau dua orang tu keluar dari sini.

"Nad, you dah makan?" soal Ezra sebaik saja Nadine melabuhkan punggung di katil.

"Dah, dia dah makan." sampuk Harlem.

"Aku tanya Nadine kan? Bukan kau." balas Ezra menyampah.

Sibuk saja nak menjawab.

"Sukahati lah kalau aku nak jawab pun. Dah memang dia dah makan tadi. Aku yang suapkan."

Nadine yang berada di tengah-tengah Harlem dan Ezra hanya berpeluk tubuh bersama gelengan di kepala.

Perangai macam budak-budak.

Siapa sebenarnya yang tengah sakit sekarang? Dia ke dua ekor ni?

"I ada bawa pizza. I pilih topping favourite you. Nak makan tak?" kotak pizza di atas meja bersebelahan katil Nadine diambil.

"Nadine tengah sakit so tak boleh makan pizza. Otak kau tu function ke tak sekarang? Orang sakit di bagi makan pizza. Nonsense." Harlem menggeleng kepala.

"Sakit kaki terpijak paku ada kaitannya dengan pizza ke? Otak kau kut yang tak function sekarang?" balas Ezra.

Jealous lah tu.

"Bawa balik pizza kau tu. Aku tak benarkan Nadine makan."

"Nadine tak kata dia tak nak. Kau saja yang bising dari tadi."

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now