10 - NADINE SOFEA

3K 261 16
                                    

"Saya nak ikut juga. Takkan satu hari nak kena duduk dalam bilik saja? Breakfast tadi pun saya makan sorang-sorang. Awak semua seronok di luar, saya pula awak berdua kurung di sini. Tak adil langsung!" Nadine menghentak kaki tanda protes dengan Leanna dan Armani.

Kedua gadis itu saling berpandangan dan serentak mengeluh perlahan.

"Nad, kitaorang bukan tak nak bawa kau, tapi kau-"

"Saya dah sihat. Saya okay. Awak berdua sendiri dengar doktor kata apa tadi kan? Kepala saya okay sebab itu doktor suruh saya balik pagi tadi. And I'm here now. Dont you guys see?" Nadine mengingatkan semula kedua sahabat baiknya kut-kut lupa lah kan?

Bukan main gigih lagi minta dia rehat saja di dalam bilik sedangkan hari ini aktiviti mereka adalah melawat ke taman strawberi dan zoo. Aktiviti yang paling di tunggu-tunggu oleh Nadine.

"Iya lah. Pergi siap cepat. Kitaorang tunggu kau." Armani akhirnya mengalah.

Lagipun dia tak sampai hati mahu meninggalkan Nadine keseorangan di sini. Rasanya Nadine memang betul-betul sudah sembuh. Dia dan Leanna saja yang terlebih risau.

"Yes! Okay! 5 minit." Nadine berlari ke arah bagasinya untuk menggantikan pakaian.

Seluar palazzo putih dipadankan dengan crop top putih serta jacket panjang berwarna khakis. Rambut ikal hazel miliknya itu pula dibiar lepas.

Ringkas tapi cantik.

"Kalau dah siap, kita gerak. Yang lain dah tunggu dalam bas." beritahu Leanna sambil membaca ruangan chat kelasnya meminta agar cepat berkumpul di dalam bas.

Mereka bertiga mula bergerak menuju ke tempat parkir di mana bas sedang menunggu mereka. Setiba di sana, kelihatan tempat duduk di dalam bas sudah di penuhi dengan para pelajar yang lain.

"Macam tak ada tempat duduk saja? Kita pergi bas sebelah saja lah kalau macam ni." beritahu Leanna.

"No, no. Aku tak nak. Tadi kita kan dah pergi bas sebelah tu. Aku tak nak  duduk satu bas dengan dia. Tolonglah." bantah Armani keras.

Dia lebih sanggup berdiri 30 minit di dalam bas ini berbanding duduk di dalam satu bas yang sama dengan Darrell.

Nadine dan Leanna saling berpandangan.

"Darrell tu tak kacau hidup kau pun. Kau saja yang over. Itu lah siapa suruh-"

"Rasanya, di belakang sana ada tempat duduk. Kita pergi sana jom." Nadine ternampak kerusi kosong di bahagian belakang.

Lengan Leanna ditarik agar mengekorinya.

Sebaik tiba di tempat duduk kosong itu, langkah Nadine terhenti apabila terlihat Harlem duduk bersama Lilia di sebelah kerusi kosong yang ditunjuknya tadi.

"Hi, Nad. Nampaknya you dah sihat." tegur Lilia sebaik saja melihat Nadine.

Gadis itu hanya angguk sambil tersenyum. Matanya sempat melirik ke arah Harlem. Lelaki itu langsung tidak berpaling memandangnya. Tipulah kalau Harlem tak sedar akan kehadirannya di sini.

"Nadine, takkan nak berdiri saja? Tempat duduk sebelah I kosong ni kalau you sudi duduk dengan I." kedengaran suara Ezra mencelah.

Nadine berpaling melihat Ezra. Begitu juga Harlem. Decitan sinis hadir di bibir.

"No, it's okay, Ezra. Saya boleh duduk dengan Arma-" mulutnya terkunci apabila terlihat Armani dan Leanna sudah mengambil tempat duduk di belakang Ezra.

Kurang asam punya kawan!

Armani memberi isyarat supaya Nadine duduk di sebelah Ezra.

"Jangan risau, Nad. Walaupun you comel, I janji takkan gigit you." gurauan Ezra itu mengundang batuk Harlem yang terdengar perbualan itu.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now