31 - NADINE SOFEA

5.1K 470 45
                                    

"Thanks, Harlem." ucap Lilia sebaik minyak angin yang berada diminta tadi sudah berada di dalam tangan. 

Gembira. Sumpah dia terlalu gembira sekarang.

Harlem lebih mementingkannya daripada perempuan tak guna tu! Buktinya, Harlem berada di sini bersamanya. Bukan bersama Nadine.

"Kenapa tiba-tiba boleh pening?" soal Harlem.

"Entahlah. Tadi kepala ni sakit sangat." lakonan Lilia kelihatan bertambah baik.

"Harlem, aku dengan Gary ambil angin kejap." Darell tiba-tiba mencelah.

"Iya, Tengku. Saya rasa macam nak muntah lama-lama duduk sini." Gary pula bersuara. Mulut tu memang lancang sungguh. 

Lagipun, Gary memang sudah tidak tahan melihat perangai murahan Lilia sejak tadi. Kalau diikutkan rasa geramnya, Lilia itu mungkin sudah selamat dilemaskan di dalam laut. Biar padan muka!

Makin lebar senyuman Lilia melihat pemergian Darrell dan Gary. Dapatlah dia berdua-duaan dengan Harlem di sini.

"Masih pening?" tanya Harlem. 

"Boleh lah, tapi rasanya I memang tak larat nak jalan ke mana-mana. Rasa nak balik pun ada. Ke you dengan I balik dulu-"

"Harlem, you tengok apa?" Lilia rasa terganggu apabila Harlem langsung tidak memberikan tumpuan. 

Mata lelaki itu leka dihalakan ke tempat lain berbanding melihat wajahnya. 

"Apa benda yang you tengok dari tadi-" Lilia terdiam sebaik saja dia menangkap pemandangan yang membuatkan jiwa Harlem tidak berada di sini bersamanya.

Ah, Nadine lagi! Sial!

"Harlem." panggil Lilia menahan geram. 

Kali ini Harlem alihkan pandangan melihat Lilia.

"Boleh hantar I balik dulu? Pening kepala I semakin menjadi-jadi pula. I nak rehat di rumah. Kita balik dulu nak-"

"Tengku!" suara Gary dari jauh kedengaran.

Larian lelaki itu yang sedang menghampirinya menghairankan Harlem.

"Tengku..." nafas Gary tercungap-cungap. 

"Cik Puan..." jari menunding ke arah gigi pantai. 

"Dia...Cik Puan..." terasa nafas Gary seperti mahu menjerat leher sendiri. 

"Kenapa dengan Nadine? Cakap biar jelas. Aku tak ada masa nak layan gagap kau!" Harlem mula risau setelah melihat reaksi Gary seakan gelabah. 

Macam ada sesuatu yang buruk sedang menimpa Nadine. 

"Cik Puan terpijak paku. Teruk sangat nampaknya-" 

Eh?

Tidak sempat Gary menghabiskan ayat, Harlem terlebih dahulu membuka langkah pantas mendapatkan Nadine di sana. Pengunjung-pengunjung pantai yang sedang mengerumuni Nadine ditolak kasar.

"Uncle, kaki aunty..." Daisy cemas melihat Nadine sudah menangis teresak-esak menahan sakit.

Darah yang mengalir dari luka Nadine mengundang risau Harlem menjadi semakin memuncak.

"Kita pergi hospital sekarang." tubuh Nadine lantas digendong membawa gadis itu ke keretanya.

"Harlem, kaki saya sakit sangat." adu Nadine dalam esakan kecil. Nadine menggengam kuat baju Harlem menahan rasa pedih itu. 

"I know. Tahan sikit ya?" 

Mendengar rintihan sakit Nadine hampir menggugurkan jantung Harlem.

Jika sakit itu dapat dipindahkan kepadanya, Harlem akan lakukan semua itu dengan rela hati.





NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now