25 - NADINE SOFEA

5.7K 427 45
                                    

Mata bundar Nadine leka merenung telefon bimbit miliknya di atas meja. Air mata hampir mahu menitis mengenang nasib diri.

Susahnya jadi manusia cemerkap seperti dia ni kan. Kenapa lah pada waktu-waktu begini telefon bimbitnya mesti rosak? Nadine sendirilah puncanya.

Entah kenapa pagi ini tiba-tiba nak dengar lagu sambil gosok gigi di dalam bilik air. Lepas itu entah macam mana pula telefon bimbitnya boleh terjatuh ke dalam baldi berisi air.

Dan akhirnya, telefon pintar itu tidak dapat hidupkan sampai sekarang.

Betullah orang kata malang itu memang tak berbau. Sekarang, Nadine sudah hilang punca hiburan.

Nak beli telefon bimbit yang baru, Nadine mana ada duit yang cukup. Simpanannya ada tapi Nadine tak mahu sentuh kerana duit itu untuk Nadine mulakan hidup baru selepas bercerai dengan Harlem nanti.

"Bodohnya kau, Nad." Nadine mengetuk kepala sendiri.

Sudahlah dia bosan duduk dalam rumah ini, telefon pula rosak. Memang jackpot!

Kepala yang direbahkan di atas meja tadi tiba-tiba tegak setelah terhidu bau hangus.

Telur!

Nadine pantas bangun dan berpaling ke belakang. Namun badannya jadi keras setelah terlihat Harlem berdiri di situ bersama renungan tajam.

Api dapur nampaknya sudah ditutup dan jelas kelihatan dapur mereka dipenuhi asap.

"Kalau kau nak bakar rumah ni sekalipun, tunggu aku keluar dulu. Aku belum nak mati lagi."

Nadine tunduk. Hujung baju dikuis.

"M-maaf. Saya tak sengaja." jawab Nadine penuh rasa serba salah.

Kan dah cakap tadi, Nadine dan sikap cemerkap dia memang seiring dan sejalan.

"Apa yang kau dah buat dekat dapur aku ni?" soal Harlem memandang sekeliling. Wajahnya berkerut. Dah macam kena pecah masuk pencuri pun ada.

"S-saya tengah siapkan sarapan untuk awak." jawab Nadine senada.

"Ada aku minta kau buatkan sarapan?" Harlem mengangkat kening tinggi. Memandai saja.

Pantas kepala Nadine menggeleng. "T-tak."

"Awak kan selalu ambil sarapan di rumah ayah sebelum pergi kerja. Jadi saya fikir awak mesti nak breakfast macam selalu-"

"Tch. Tolonglah." Harlem mendecit sinis.

Nadine lantas terdiam. Kepala lalu menunduk memandang lantai.

"Kau ingat aku hadap sangat ke nak makan masakan dari tangan kau? Jangan perasanlah, Nad. Kalau kau kebulur sekalipun tak payah nak masakkan untuk aku. Nak makan, makan sorang-sorang. Aku pandai cari makan sendiri. Tak payah nak berlagak sangat jadi isteri terpaling mithali dalam rumah ni. Aku tak perlukan semua tu dari perempuan macam kau."

Nadine menggigit bibir menahan rasa. Memang apa saja yang keluar dari mulut Harlem semuanya benda negatif ke? Ataupun sebenarnya telinga Nadine yang rosak?

"Cakap jelah tak nak kalau awak tak sudi nak makan masakan saya. Saya boleh faham. Tak payahlah sampai nak hina saya." lancar mulut Nadine menjawab.

"Nak bercakap dengan kau memang kena macam tu supaya masuk dalam telinga." balas Harlem pula.

"Tapi saya bukan budak kecik sampai awak nak kena membebel macam mak-mak. Bising." pedih jugalah telinga mendengar leteran Harlem tadi.

"Perangai kau mengalah budak kecik. Entah-entah Daisy lagi matang dari kau." sejak bila pula mulut Nadine boleh sebecok ini? Geram pula Harlem tengok mulut tu berani melawan dia.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now