42 - NADINE SOFEA

5.6K 508 45
                                    

Surat yang ada di tangan bersama wajah penuh kecewa itu di pandang bersama satu rasa simpati yang mendalam. Darell hilang kata-kata. Jadi ini jawapannya mengapa Harlem langsung tidak memunculkan diri di pejabat sepanjang minggu ini. Hati yang risau memaksa Darrell untuk menjejakkan kaki ke rumah ini.

Lihatlah bagaimana tidak terurusnya lelaki yang ada di hadapan Darrell sekarang. Tak ubah seperti 10 tahun yang lepas setelah Harlem dapat tahu Nadine memang benar-benar pergi meninggalkannya. Dan sekarang kekecewaan Harlem berulang kembali.

"Kenapa kau tak bagitahu aku, Harlem? Aku boleh tolong kau cari dia."

Asap rokok dihembus perlahan.

"Aku tak nak menyusahkan siapa-siapa." mendatar suara Harlem.

"Kau ingat dengan bertindak sorang-sorang macam ni, kau boleh senang-senang jumpa Nadine? Entah-entah dia dah semakin jauh tinggalkan kau."

Hati Harlem jadi terganggu setelah mendengar ayat terakhir yang Darrell ucapkan tadi. Bagaimana kalau dia tidak akan bertemu Nadine lagi?

"Aku buntu, Darrell. Aku tak tahu nak cari dia di mana lagi. Tapi dalam masa yang sama aku masih berharap dia akan balik semula ke sini walaupun aku tahu semua itu tak akan berlaku." luah Harlem. Air mata sebagai penemannya muncul lagi.

Sungguh dia betul-betul rindukan Nadine.

"Aku terima kalau dengan cara ini Tuhan nak hukum aku atas apa yang aku dah buat pada Nadine dulu. Tapi aku nak Nadine aku semula, Darrell. Aku tak mengharapkan apa pun. Aku nak Tuhan pulangkan balik Nadine pada aku." Harlem menangis.

Darrell hanya mampu terdiam. Jelas kali ini Harlem nampak benar-benar rapuh. Inilah titik terendah di dalam hidup lelaki bernama Harlem. Hilang separuh nafasnya. Nyawanya.

"Aku janji aku akan cari dia untuk kau." cukuplah untuk Darrell melihat sahabatnya hancur begini. Dan dia pasti Nadine juga sama seperti ini.

Ah, mengapa cinta boleh jadi begitu merumitkan?

Sebuah kereta yang muncul di hadapan rumah menarik perhati dua jejaka kacak itu. Harlem kenal pemilik kereta tersebut.

Ayah.

Tengku Mazhar keluar dari perut kereta dan mula melangkah masuk ke perkarangan rumah. Harlem dan Darrell yang sudah berdiri menyambut kedatangannya didekati. Darrell tunduk tanda hormat.

"Maaf ayah datang sini tak bagitahu." Harlem lantas menyalami tangan ayahnya.

"Darrell, boleh tinggalkan uncle berdua dengan Harlem? Ada benda yang uncle nak cakap sikit dengan dia." beritahu Tengku Mazhar.

Lelaki itu angguk tanda faham. Selesai pamitan, kerusi kosong yang diduduki Darrell tadi diganti Tengku Mazhar pula.

Masing-masing diam sebentar sebelum kedua pihak membuka bicara. Namun Harlem tahu ke mana hala tuju perbualan ini nanti.

"Nadine dah keluar dari rumah ini?" soalan pertama dari Tengku Mazhar memunculkan senyuman sinis pada wajah pucat Harlem.

"Jadi ayah dah tahu?" tanya Harlem pula.

Entah dari mana ayahnya mengetahui hal itu. Sedangkan Darrell yang persis kembarnya itu pun baru tahu sebentar tadi.

Ah, ini pasti angkara Lilia perempuan tak guna tu! Ke mana lagi dia nak sebarkan rakaman suara itu lepas ini?

"Sebab itu ya Harlem tiba-tiba berubah fikiran mahu berkahwin dengan Nadine? Hanya kerana dendam Harlem pada dia?"

Harlem hanya membisu di situ.

"Lepas Nadine pergi, apa yang Harlem rasa sekarang? Puas? Atau dendam Harlem terus lenyap? Harlem dah boleh hidup tenang sekarang?"

Soalan bertubi-tubi dari Tengku Mazhar bagai duri yang menusuk jiwa Harlem.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now