24 - NADINE SOFEA

4.5K 396 30
                                    

"Cantiknya, aunty!" suara Daisy kedengaran penuh teruja melihat pantulan wajahnya di cermin kecil.

Kegembiraan di wajah Daisy itu mengundang tawa kecil di bibir Nadine.

"Pandai aunty buat rambut Daisy. Cantik." sengih Daisy menunjukkan giginya yang baru hilang satu tempoh hari.

"Sini, aunty nak ambil gambar Daisy." Nadine mengatur posisi Daisy supaya mudah untuk dia mengambil foto anak kecil comel itu.

"Nice!" puji Nadine bersama senyuman melihat gambar-gambar yang telah ditangkap.

Daisy sememangnya comel. Nadine tak hairan pun. Semua kerabat diraja keturunan Emmerson memang memiliki paras rupa yang sempurna. Lihat sajalah wajah kacak Harlem. Sehingga sekarang wajah itu masih mampu membuatkan jantungnya berdebar.

"Daisy happy sangat sebab sekarang Daisy dah ada kawan. Aunty lah kawan Daisy." sengih Daisy lagi. Lengan Nadine dipeluk erat.

Tawa kecil meletus melihat telatah comel Daisy. Walaupun baru 3 hari Nadine tinggal di rumah agam milik keluarga Harlem ini, hubungannya bersama Daisy sudah begitu akrab.

Seharian Nadine memang banyak menghabiskan masa bersama Daisy saja. Semua orang sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Apatah lagi Harlem. Dia hanya dapat melihat lelaki itu waktu mereka bersarapan bersama di meja makan dan apabila Harlem menggantikan pakaian di dalam bilik tidur sebelum dia tidur di bilik yang lain.

Rasanya kali terakhir Nadine bercakap dengan Harlem pun sewaktu di hari perkahwinan mereka. Nadine lebih banyak mendengar suara Harlem berbual dengan orang lain berbanding dia.

Dah nama pun kahwin paksa kan? Begitu lah kejadiannya.

Tapi nasib baik ada Daisy yang menghiburkan hari-harinya. Jadi Nadine tak terlalu bosan duduk terperap di dalam rumah ini.

"Esok aunty dandan rambut Daisy lagi nak?" soal Nadine mengundang keterujaan Daisy.

"Nak, nak!" Daisy bertepuk tangan.

"Daisy tak sabar nak tunjuk dekat daddy, atuk dengan uncle rambut cantik Daisy ni." rambut tocang dua itu tak henti-henti digayakan di hadapan cermin.

"Che Puan Nadine." suara makcik Suri pembantu rumah tiba-tiba mencelah perbualan mereka.

"Tengku Mazhar ajak Cik Puan dengan Tengku Daisy minum petang di taman. Dia dah tunggu di sana." makcik Suri menyampaikan pesanan.

"Baik." Nadine angguk faham.

"Jom, kita tunjuk rambut Daisy dekat atuk nak?" ajak Nadine meraih tangan kecil Daisy.

"Jom!"

Nadine dan Daisy berjalan beriringan menuju ke taman. Usai tiba di sana, Nadine menyedari kehadiran Harlem bersama Lilia juga turut berada di situ.

Melihat keakraban mereka berdua seakan mengembalikan memori 10 tahun yang lepas. Pemandangan ini lah yang Nadine sering lihat dari jauh dan pada akhirnya ia berjaya menyakitkan hati Nadine sendiri.

Tak sangka perasaan itu masih sama seperti dulu malah rasanya lebih sakit lagi.

Lihatlah betapa gembiranya Harlem bila berada di sisi Lilia. Dahulu, dia antara  yang beruntung kerana dapat menikmati senyuman mahal Harlem. Tapi kini tidak lagi. Malah hanya benci yang Nadine dapat.

"Daddy!" Daisy berlari mendapatkan Hardy di situ.

Hardy lantas membawa tubuh Daisy ke dalam pelukannya.

"Daddy, daddy. Tengok rambut Daisy. Cantik kan?" Daisy meneleng kepala ke kiri dan kanan.

"Cantiknya anak daddy. Siapa buat rambut Daisy ni?" rambut tocang dua Daisy di sentuh.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now