9 - NADINE SOFEA

3.8K 292 14
                                    

Hari sudah menginjak malam. Namun, Harlem langsung tidak berganjak dari kerusi sejak petang tadi menunggu Nadine di sisi. Gadis itu masih seperti tadi. Langsung tidak sedarkan diri.

Matanya tidak lari dari memandang wajah Nadine. Menunggu agar mata bundar milik Nadine terbuka kerana selagi gadis itu tidak sedarkan diri, hati Harlem seakan tidak nyaman.

Mahu makan pun dia tidak lalu apatah lagi hendak ke tandas sebentar.

Wajah diraup serta rambut yang sedikit kusut itu disisir ke belakang.

"Nadine, please wake up." getusnya sendiri.

"Harlem."

Terasa tangan sejuk menyentuh kekura tangan miliknya. Mata Harlem yang terpejam rapat segera celik. Kedengaran nafas lega dihembus setelah melihat Nadine sedang mengukir senyum nipis ke arahnya.

"Aku ingat kau akan koma sampai tahun depan." tutur Harlem mengundang tawa kecil Nadine.

"Aku tak buat lawak, Nadine." Harlem jadi geram.

"Tapi awak memang kelakar masalahnya." balas Nadine pula.

Harlem memutarkan bola mata ke atas. Sempat lagi dia main-main.

"Kepala kau masih rasa sakit? Nanti aku tolong panggilkan doktor. Sekejap." Harlem segera bangun namun sempat di tahan Nadine.

"Saya okay. Awak jangan risau. Saya cuma masih rasa mamai sikit." Nadine berusaha untuk bangun dan dengan pantas Harlem membantu gadis itu.

"Lapar?" soal Harlem pula.

Nadine geleng kepala. "Kalau saya lapar, saya bagitahu okay?"

Giliran Harlem pula menggelengkan kepala.

"Lepas ini tolong hati-hati sikit. Masuk kali ini, dah dua kali kepala kau terkena bola. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau kau hilang ingatan nanti, aku juga yang susah." Harlem ketuk halus kepala Nadine. Geram sungguh dengan perangai cemerkap Nadine yang satu ini.

Nadine peluk tubuhnya. Mulut muncung sedepa. "Bukan salah saya yang tak hati-hati. Orang yang baling bola tu tak tengok kiri kanan sampai terkena kepala saya."

Harlem menjeling Nadine. Pandai saja mulut gadis comel itu menjawab.

"By the way tadi awak cakap kalau saya hilang ingatan, awak akan susah? Susah kenapa? Susah hati ya sebab awak takut saya tak ingat awak lagi dah? Begitu?" Nadine sengih panjang.

Harlem mendecit sinis.

"Perasan!" kali ini dahi Nadine pula menjadi mangsa ketukan.

"Ouch! Sakitlah, Harlem!" makin muncung mulut Nadine.

"Kalau kau hilang ingatan, siapa nak tolong aku mengurat Lilia." Harlem senyum meleret.

Air muka Nadine berubah tawar.

Lilia lagi.

Kepala tunduk enggan melihat wajah Harlem.

"Awak usaha lah sendiri untuk tackle dia. Kenapa mesti nak libatkan saya juga?" tutur Nadine perlahan. Jari menarik hujung selimut.

Membantu Harlem mendekati Lilia sama seperti membunuh dirinya secara perlahan-lahan.

"Sebab kau saja yang boleh faham aku, Nadine. Kau saja yang tahu macam mana perasaan aku pada Lilia. Aku selesa cerita apa saja tentang Lilia pada kau. Lilia satu-satunya perempuan yang berjaya curi hati aku." luah Harlem.

Tanpa sedar, hati Nadine terluka mendengar setiap bait tentang Lilia yang meniti di bibir Harlem. Jika beginilah rasa sakitnya, Nadine sanggup hilang ingatan jadi dia tidak perlu ingat tentang perasaan cinta yang tak mungkin dibalas oleh Harlem untuk dia.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now