22 - NADINE SOFEA

3.8K 352 26
                                    

Aku datang ambik kau sekarang.

Siap cepat.

Jangan buang masa aku tunggu kau.

Pesanan ringkas itu di baca lebih 3 kali. 15 minit sudah berlalu, namun tuan empunya badan masih belum memunculkan diri.

Walaupun pesanan ringkas itu bukan di hantar oleh salah seorang yang ada di dalam senarai panggilan di dalam telefonnya, melihat gaya dinginnya mesej itu Nadine sudah tahu ia dari siapa.

Pasti Harlem.

Nadine sempat bertanya ke mana lelaki itu mahu membawanya, namun soalan Nadine tadi hanya di biar sepi tanpa balas. Apa yang lebih menyakitkan hati, Harlem hanya 'seen' mesej yang dihantar oleh Nadine.

Jadi, selepas berperang dengan hati sendiri Nadine gagahkan diri untuk bersiap seperti yang dipesan oleh Harlem tadi.

Nadine duduk menyandar di bangku panjang yang terletak di luar rumah. Nasib cuaca pada pagi ini mendung jadi dia tidak rasa terlalu panas menunggu di situ.

"Kau memang perempuan tak tahu malu kan?" suara sinis itu sedikit mengejutkan Nadine.

Dia tahu suara itu milik siapa. Kelibat Nikki di sebelah hanya diperhati dengan ekor mata sebelum tunduk.

"Kau ingat si Harlem tu hadap sangat ke dengan perempuan macam kau?" riak Nikki penuh jijik melihat wajah Nadine.

Sejak pengumuman Tengku Mazhar tempoh hari, kebencian Nikki dan Datin Fea semakin menebal terhadapnya. Layanan mereka juga semakin kasar.

"Lilia yang sepatutnya kahwin dengan Harlem. Bukan kau. Lepas apa yang bapak kau dah buat pada keluarga Harlem, kau masih lagi nak terhegeh-hegeh dekat dia juga?" Nikki ketawa sinis di hujungnya.

"Kau dengan bapak kau yang dah mati tu sama saja. Perosak kebahagiaan orang." cemuh Nikki lagi.

Nadine menggenggam tangan menahan marah.

"Jaga sikit mulut awak tu, Nikki. Awak tak layak nak hina ayah saya walau besar macam mana sekalipun kesalahan dia. Jangan campur urusan keluarga saya." balas Nadine berani.

"Kau...!" rambut Nadine di tarik kuat. Jawapan Nadine itu seakan mencabar kemarahannya.

"Jangan ingat kau nak kahwin dengan kerabat diraja, kau nak tunjuk berlagak depan aku."

"Aku jamin kau takkan pernah bahagia hidup bersama Harlem sampai dia ceraikan kau. Biar padan dengan muka kau!"

"Nadine."

Suara Harlem tiba-tiba muncul. Pantas tangan Nikki melepaskan rambut Nadine lalu segera menayangkan muka manisnya di hadapan Harlem.

"Hey Harlem, bila you sampai-"

"Nad, jom." pintas Harlem.

Segera Nadine bangun lalu bergerak menuju ke kereta Harlem. Nikki sedaya upaya menahan riak sakit hatinya melihat kelibat Nadine berlalu pergi.

Mengapa mesti Nadine yang harus mendapatkan segala-galanya?

"You tak nak masuk rumah dulu? Daddy I ada je dekat dalam-"

"Tak payah berlakon depan aku. Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat tadi?" potong Harlem.

Nikki terdiam di situ. Wajahnya tampak cuak.

Belum sempat Nikki mahu bersuara lagi, Harlem segera melangkah pergi dari situ membuatkan kemarahan Nikki semakin memuncak.

"Arghh!" kaki dihentak kuat melepaskan marah.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now