48 - NADINE SOFEA

3.4K 427 40
                                    

Jari diramas tanpa henti. Sesekali air mata yang mengalir di kesat laju. Risaunya Nadine pada saat ini hanya Tuhan saja yang tahu. Penyesalan pula mula datang bertandang membuatkan hati Nadine sedikitpun tidak memberi ruang pada dirinya sendiri untuk cuba bertenang.

Di dalam fikiran Nadine sekarang cuma ada Harlem.

Ketika ini suaminya sedang bertarung nyawa di dalam sebuah bilik berpintukan warna putih berhadapan dengan Nadine.

Menunggu kemunculan kelibat doktor menyampaikan berita tentang keadaan Harlem saat ini bagaikan satu penyeksaan buat diri Nadine.

Tidak semua manusia bernasib baik apabila doktor melangkah keluar dari bilik itu. Dan Nadine enggan menjadi salah seorang daripada manusia yang malang itu.

Nadine sedar bahawa dia masih belum sanggup kehilangan Harlem. Di dalam hatinya masih terukir utuh nama buat lelaki itu.

Andai saja sikap dia yang tidak keterlaluan, mungkin Harlem tidak akan berada di dalam bilik itu.

Bodoh! Kau bodoh, Nadine!

"Doa banyak-banyak ya, Nad. Insya-Allah, Harlem selamat." mak cik Una yang dari tadi setia memeluk bahu Nadine cuba memberikan kata-kata semangat untuk menenangkan hati Nadine.

"Betul, Nadine. Harlem tak apa-apa tu. Jangan fikir yang bukan-bukan, okay? Dan yang paling penting jangan salahkan diri kau sendiri." sambung Rosie di sebelah seakan memahami apa yang sedang bermain di fikiran Nadine ketika ini.

"Keluarga Tengku Harlem?" suara doktor menggamit perhatian ketiga-tiga mereka di situ.

Kaki Nadine paling cepat menghampiri doktor tadi.

"Tolong sampaikan berita baik untuk saya, doktor." ujar Nadine penuh pengharapan. Wajah doktor itu kabur kerana genangan air mata.

Mendengar ucapan Nadine tadi menggamit rasa lucu doktor itu.

"He's okay." cukup ringkas namun sebaris ayat itu seakan berjaya menghidupkan kembali nyawa Nadine yang hampir mati.

"Cuma Tengku perlukan rehat. Kita akan pantau suhu Tengku sebab sekarang dia demam panas. Kalau esok suhu dia dah okay, Tengku boleh pulang ke rumah."

Lega. Sumpah Nadine lega.

"Boleh saya jumpa dia?"

Doktor itu angguk perlahan lantas meminta diri untuk pamit.

"Nadine saja yang masuk ya? Makcik dengan Rosie tunggu di luar saja." beritahu makcik Una.

Makcik Una faham Nadine dan Harlem perlukan ruang untuk mereka memperbetulkan apa sedang yang rapuh di antara mereka.

Nadine sempat angguk sebelum membuka langkah perlahan. Sebaik saja kaki menjejak bilik itu, matanya terus di sapa dengan sekujur tubuh Harlem yang sedang berbaring lemah di atas katil.

Sayu hati Nadine. Serba salah serta merta menghambat dirinya.

Sampai hati kau, Nadine buat suami sendiri begini.

Harlem sampai pengsan tunggu kau dalam hujan.

"Har-"

"Nadine..." bibir pucat Harlem menggaris senyuman kecil sebaik saja menyedari kehadiran isteri tercinta di situ.

Segera Harlem mahu duduk dari pembaringan. Nadine pantas membantu membuatkan Harlem sedikit terharu.

Perbuatan kecil Nadine begini mengundang rasa rindu pada gadis kesayangannya ini.

"A-awak okay?" Nadine membuka bicara. Punggung pula sudah direbahkan di sisi katil.

"Selagi kau ada di sini aku akan okay, Nadine." pipi mulus Nadine di belai dengan ibu jari.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now