2 - NADINE SOFEA

3.8K 277 12
                                    

Tali pinggang keledar ditanggalkan sebaik saja kereta milik Encik Adlee tiba di hadapan pagar E-Royals Highschool. Beg sandang di belakang di ambil lalu di sarung pada belakang tubuh.

"Balik nanti nak ayah ambil?" soal Encik Adlee memerhati anak gadis kesayangan sedang membetulkan rambut ikal yang digayakan ekor kuda.

"Tak kut, ayah. Nadine dah janji nak balik dengan Harlem. Dia nak Nadine teman dia ikut latihan basketball petang ni." beritahu Nadine.

Encik Adlee angguk kecil.

"Elok juga tu. Ayah pun balik lambat hari ni. Rasanya tak sempat nak ambil Nadine nanti."

"Balik lambat lagi?" wajah Nadine sedikit kecewa.

Masuk hari ini sudah seminggu Encik Adlee sering pulang lewat ke rumah. Nadine anak manja Encik Adlee jadi mestilah setiap masa mahu berkepit dengan ayahnya.

"Maaf Nadine. Ayah tahu ayah selalu tinggalkan Nadine sorang-sorang di rumah sampai lewat malam tapi mama dengan ayah Harlem perlukan bantuan ayah di office." rambut ikal anaknya di belai.

"Ayah janji lepas semua kerja ayah di office settle, hujung minggu ni kita jalan-jalan okay? Hari tu Nadine bagitahu nak pergi theme park dekat bandar sebelah yang baru buka tu kan?"

Nadine berubah teruja.

Senyuman nipis hadir di bibir Encik Adlee. Raut wajah Nadine saling tak tumpah seperti arwah isterinya dulu terutama sekali pada mata bundar Nadine. Bersinar setiap kali wajah mereka gembira.

"Okay ayah!" jawab Nadine bertepuk tangan.

Pandai ayahnya memujuk.

"Nadine masuk dulu. Ayah hati-hati tau." Encik Adlee dipeluk erat.

"Nadine pun sama."

Kaki terus melangkah keluar sebaik pintu kereta di buka. Sempat tangan melambai kereta ayahnya. Nadine masih berdiri di situ sehingga kelibat kereta Encik Adlee hilang dari pandangan.

Leher dipanjangkan mahu memastikan kereta ayahnya benar-benar sudah tiada.

Langkah kaki pantas dibuka ke arah jalan bertentangan pintu pagar utama E-Royals Highschool. Destinasinya pagi ini mahu menuju ke kedai serbaneka selang beberapa buah bangunan dari highschool tersebut.

"Ha, ni kes memonteng lagi lah ni?!"

Satu suara jelas kedengaran menghentikan pergerakan Nadine.

Wajahnya sengih setelah melihat Armani bersama Leanna di seberang jalan.

"Ponteng first period saja. Nanti awak berdua tolong cover ya kalau madam atau sir cari saya. Hehehe."

Serentak Armani dan Leanna buat simbol 'thumbs up'.

Hari ini mereka berdua tolong Nadine. Mana tahu esok lusa tiba-tiba Armani atau Leanna pula datang mood mahu ponteng kelas kan?

Bantu-membantu kan amalan mulia?

"Upah dia rehat nanti belanja aku dan Lea pudding caramel? On tak on?" sempat Armani buat tawar menawar di situ.

Suaranya yang nyaring itu menarik orang ramai yang lalu lalang. Bahkan suara Armani dapat menandingi bunyi-bunyi kenderaan di situ.

"Aku tak nak. Aku tengah diet sekarang. Lagipun pudding caramel kantin tak sedap. Rasa macam susu basi." Leanna buat muka jelik.

"Nak diet apa lagi? Badan kau ni dah serupa cicak tak cukup makan. Mengada betul." Armani meggulingkan bola mata ke atas.

"Mintak lah Nadine belanja benda lain." Leanna memberikan cadangan.

"Kata tadi diet. Ah, tak ada tak ada. Nadine, puding caramel okay?" teriak Armani dari seberang lagi tanpa mempedulikan Leanna dan bibirnya yang seperti itik tanda tidak puas hati.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now