28 - NADINE SOFEA

4.2K 412 29
                                    

"Ayah sihat dah?" soalan Harlem dibalas tawa oleh Tengku Mazhar.

"Harlem patut tanya soalan tu pada isteri Harlem tu. Muka pucat semacam dari tadi. Risau ayah tengok." Nadine yang bersembunyi di belakang Harlem itu diperhati.

Dari tadi Nadine banyak diam sejak mereka berdua datang ke sini untuk menjenguknya.

Harlem toleh belakang melihat Nadine yang sedang menikus di belakangnya. Bibir cuba menyembunyikan senyuman kelucuan.

Kenapa perangai tu comel sangat?

"Ayah tanya sendiri lah dengan tuan punya badan." Harlem tarik lengan Nadine supaya gadis itu berdiri di sebelahnya.

"Harlem turun bawah kejap. Ayah nak air tadi kan?" pamit Harlem berniat untuk pergi.

"Harlem..." hampir saja tangan Nadine berjaya mahu menghalang Harlem agar tidak meninggalkan dia di sini bersama Tengku Mazhar.

Namun, langkah Harlem lebih pantas. Dan sempat lagi lelaki itu tayang senyum nakalnya untuk mengusik Nadine sebelum Harlem keluar dari bilik tidur Tengku Mazhar.

Sengaja tau!

"Nadine, kenapa ni? Nadine memang betul-betul tak sihat?" soal Tengku Mazhar risau. Anak menantunya itu diperhati atas bawah.

"T-tak, ayah. Nadine sihat. C-cuma sebenarnya Nadine nak..."

Nadine mengatur nafas sebelum membuka mulut lagi.

Tengku Mazhar diam memerhati gelagat Nadine di hadapannya yang kegelisahan.

"Harlem buli Nadine di rumah ke?" tanya Tengku Mazhar lagi.

"Tak." Nadine geleng kepala.

"Habis tu?"

"Er- Nadine nak minta maaf fasal malam tadi. Sebab Nadine, ayah masuk hospital. Nadine memang betul-betul tak sengaja nak buat ayah jatuh sakit-"

Tawa besar Tengku Mazhar memotong percakapan Nadine membuatkan gadis itu terkebil-kebil.

"Sebab itu saja ke yang buatkan Nadine serba tak kena dari tadi?" Tengku Mazhar menghabiskan sisa tawanya.

"Tapi apa yang Nadine buat semalam tu dah membahayakan nyawa ayah tau. Macam mana kalau jadi apa-apa dekat ayah?" satu malam Nadine tidak nyenyak tidur memikirkan kesalahannya.

"Ini mesti Harlem ada buat cerita sebelum Nadine datang sini tadi kan?" Tengku Mazhar sudah dapat mengagak.

Apa saja lah yang Harlem cerita sampai Nadine jadi cacing kepanasan tadi.

Wajah Nadine kemerahan.

Iya! Itu memang salah satu punca Nadine hampir putus nyawa untuk datang ke sini menemui Tengku Mazhar.

Katanya disebabkan kejadian malam tadi, Tengku Mazhar mungkin akan menyamannya.

Mana Nadine nak cari duit?! Telefon bimbit sendiri pun tak terbeli lagi.

"Benda kecil, Nadine. Sikit pun ayah tak salahkan Nadine. Ayah tahu Nadine tak sengaja." beritahu Tengku Mazhar senyum.

Hati Nadine jadi lega.

"Terima kasih ayah. Lepas ni Nadine janji, Nadine akan lebih berhati-hati untuk ayah." tutur Nadine bersungguh-sungguh.

Tengku Mazhar ketawa kecil. Kecomelan Nadine menggamit rasa lucunya. Patut saja dulu Harlem selalu senyum-senyum seorang sendiri. Mungkin teringat telatah Nadine.

"Nadine boleh tengokkan Harlem di bawah? Lama betul suami Nadine tu ambil air. Ayah nak makan ubat kejap lagi." pinta Tengku Mazhar.

"Kejap ya, yah." Nadine menurut lalu membawa langkah keluar dari bilik.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now