13 - NADINE SOFEA

3K 257 30
                                    

Dua minggu berlalu begitu saja. Nadine sibuk dengan dunianya sendiri. Begitu juga Harlem. Namun sepanjang dia cuba menyibukkan diri, perasaannya masih tidak tenang. Hari-hari yang dijalani terasa hambar. Kosong.

Dan Harlem juga rasa kehilangan sesuatu. Tapi apa?

Mata sepet Harlem tertancap ke arah susuk tubuh yang berdiri di hadapan lokar tidak jauh dari lokar miliknya juga.

Setiap gerak geri Nadine diperhati dalam diam.

"Nadine ada hutang dengan kau ke sampai macam tu sekali kau pandang dia?" soalan Darrell di sebelah mengejutkannya.

Harlem menggeleng kepala dan senyum kelat. Tangan lantas berpura-pura sibuk menyusun buku di dalam loker.

"Kau pergi birthday party Adrian malam ni?" tanya Darrell berbasa-basi.

"Maybe. Lilia nak sangat pergi. Adrian kan classmate dia. So dia minta aku temankan dia." jawab Harlem.

Sebolehnya malam ini dia malas hendak ke mana-mana. Tapi entahlah, duduk rumah pun rasa macam dalam neraka. Mamanya tak berhenti-henti datang ke rumah untuk memujuk ayahnya memberikan hak penjagaan dia. Dan selalunya pujukan dan perbincangan mereka pasti berakhir dengan pergaduhan besar.

Harlem stres.

Tambah lagi dengan sikap Nadine yang seakan mahu menjauhkan diri darinya.

"So sekarang kau dengan Lilia dah official? Betullah gosip yang aku dengar selama ini." Darrell terangguk-angguk kecil.

"Itu semua gosip liar yang kau tak patut percaya." jawab Harlem selamba.

"Maksud? Bukan hari tu yang dekat rooftop..."

Harlem pantas geleng kepala. "Nanti aku cerita. Sekarang macam tak sesuai."

"Pelik aku tengok kau dengan Lilia. Kalau tak bercinta, buat lah cara orang tak bercinta. Tak fasal-fasal nanti ada yang terasa hati dengan perbuatan kau."

Harlem buat riak pelik mendengar tutur kata Darrell. Tak faham lah.

"Siapa pula yang nak terasa hati?"

"Nadine!"

Panggil Ezra kuat dan melajukan langkah setelah melihat Nadine mahu bergerak pergi.

Nadine berpaling ke belakang.

"Awak panggil saya?" tanya Nadine apabila Ezra mendekatinya.

"Malam ni you free kan?" soalan Nadine turut dijawab dengan pertanyaan.

"Er- I don't think so. Malam ni saya nak keluar jalan-jalan dengan ayah. Sorry ya, Ezra." beritahu Nadine.

"Baru nak ajak you pergi birthday party Adrian. I dengar dia jemput satu batch kita." ujar Ezra.

Sejujurnya Ezra sedikit kecewa mendengar jawapan Nadine tadi.

"Ya. Semalam dia ada bagi card invitation. Mula tu rasa macam nak pergi tapi saya tak boleh tolak ajakan ayah." akhirnya Nadine dapat meluangkan masa bersama Encik Adlee setelah beberapa bulan ayahnya kelihatan sangat sibuk dengan kerja.

"Tak apa. I faham. Family always comes first. Tapi kalau tiba-tiba you tukar fikiran, call me ASAP." Ezra masih berharap.

Nadine jongket bahu. "Tengoklah."

"Have fun tonight." pipi Nadine ditepuk sebelum Ezra melangkah pergi.

Nadine hanya senyum nipis. Dia berpaling semula untuk bergerak ke perpustakaan.

Tidak sempat membuka langkah, mata bundar miliknya dan sepasang mata Harlem bertembung.

Nadine terpaku seketika di tempatnya.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now