14 - NADINE SOFEA

2.9K 313 32
                                    

Kaki melangkah lemah menuju ke rumah. Tangan memeluk tubuh sendiri kerana angin pada malam ini cukup mendinginkan kulitnya yang terdedah.

Sepanjang langkah, Nadine seakan dalam dunia sendiri. Fikiran masih menerawang tentang peristiwa tadi. Bagaimana kebencian yang tergambar di wajah Harlem kerana telah melukakan perempuan kesayangannya, Lilia.

Nadine tidak menyangka Lilia sanggup bertindak sejauh itu.

Sampai bila-bila pun, Harlem mungkin tidak akan mempercayainya lagi. Siapa saja dia kalau hendak dibandingkan dengan Lilia, kan?

Dan sekarang, Harlem pasti lebih memerlukan Lilia di sisi lelaki itu selepas mendengar khabar buruk tentang Puan Sri Anggun tadi.

Semoga mama Harlem baik-baik saja. Doa saja yang dapat Nadine kirimkan.

"Nadine, puas makcik call Nadine dari tadi." suara Mak Cik Una pembantu rumah Nadine menyambut kedatangan gadis itu di pintu masuk rumah.

"Maaf makcik. Nadine tak dengar. Ada apa makcik call tadi?" soal Nadine.

Melihat air muka risau Mak Cik Una mengundang perasaan hairan Nadine.

"Ayah Nadine..." Mak Cik Una terdiam seketika. Bola matanya berkaca.

"Kenapa ni makcik? Ayah kenapa?" Nadine mula cemas dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Mak Cik Una.

"Ayah Nadine accident. Dia di hospital sekarang. Kita pergi sana sekarang ya, nak?"

Dunia Nadine menjadi gelap-gelita.

* * * * *
































Nadine bersama Mak Cik Una mempercepatkan langkah setelah seorang jururawat di kaunter memberitahu keberadaan Encik Adlee.

Nadine tiba di ruangan menunggu wad kecemasan dan serta-merta langkahnya terus mati. Beberapa orang ahli keluarga Harlem juga turut berada di situ dan semua serentak memandang ke arahnya termasuk Harlem.

Reaksi lelaki itu berubah tegang sebaik saja mata Nadine dan Harlem bertembung.

"Nad..." Darrell yang turut berada di situ mendekati Nadine.

"Sorry, saya salah tempat."

Baru saja Nadine mahu menarik Mak Cik Una pergi dari situ, Darrell sempat menyambar lengan Nadine.

"Ayah awak ada di dalam, Nad." beritahu Darrell.

"T-tapi bukan di sini..." Nadine menggeleng kepala.

"Yes, he is. Awak datang di tempat yang betul. Uncle Adlee ada di dalam." ulang Darrell sekali lagi.

Nadine tidak mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Darrell.

Kedengaran Darrell menghembus nafas berat. Sesekali kepalanya menoleh ke arah Harlem. Mata tajam lelaki itu tidak lekang dari memandang Nadine.

"Kenapa ni, Darrell? Saya tak faham maksud awak." Nadine meminta penjelasan.

"I hate to tell this but..." Darrell menyerahkan satu sampul surat kepada Nadine.

Begitu saja sampul coklat itu bertukar tangan, air muka Nadine berubah kaget.

"A-apa ni, Darrell? Kenapa ayah saya..." tangan Nadine menggeletar hebat.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now