19 - NADINE SOFEA

3.9K 340 43
                                    

Suara tawa si kecil mengundang senyum nipis di bibir Harlem. Matanya asyik memandang wajah si kecil yang leka bermain bersama Lilia di taman. Kecomelan milik si kecil membuatkan Harlem jatuh sayang sejak hari pertama abangnya membawa anak kecil itu ke rumah mereka.

"Cantik betul ya Lilia tu sampai sengih sorang-sorang begitu?" suara Hardy sedikit memeranjatkan Harlem. Senyuman di bibir terus kendur.

"Aku tengok anak kau lah. Comel betul. Pandai betul kau buat anak ya, bang?" balas Harlem memuji.

"Kalau nak anak comel macam anak aku, kahwinlah. Senang. Tu Lilia tu, tunggu kau nak masuk meminang dia saja." tutur Hardy selamba.

"Ke situ pula. Ni lah aku malas nak borak dengan kau." Harlem menggeleng kepala.

"Salah ke apa yang aku cakap? Kau dengan dia asyik berkepit dah macam-"

"We're just friends." potong Harlem.

Hardy mencebik bibir.

"Lagipun aku rasa macam janggal pula kalau aku ada hubungan dengan Lilia. Makcik dia isteri kepada ayah. Lilia pula dah dijaga aunty Qaseh macam anak dia sendiri sejak kecil. Kau tak rasa pelik ke kalau lepastu aku dengan Lilia pun..." mulut Harlem terhenti.

"Kalau sebab itu yang menghalang kau taknak dengan Lilia, aku rasa benda tu tak jadi masalah pun. Apa yang peliknya? Lilia baik apa. Cantik pun cantik." selagi Harlem bahagia, Hardy akan terima sesiapa saja yang menjadi pilihan adik kesayangannya.

"Bukan itu masalahnya, bang." tutur Harlem perlahan.

Hardy menoleh Harlem di sebelah. Senyum sinis mula hadir di bibir.

"Oh, aku faham."

Pandangan mereka bertaut. Kening Harlem diangkat tinggi.

"Faham apa?" Harlem hairan.

"Kau masih fikir fasal dia?" soal Hardy.

"Dia siapa? Aku tak faham." Harlem menggeleng kepala.

Hardy mendecit halus. Menyampah pula dia menyaksikan lakonan Harlem sekarang. Pura-pura 'tak faham' konon.

"Nak juga aku sebut nama dia padahal kau sendiri tahu siapa yang aku maksudkan?"

Harlem termangu seketika.

Riak mukanya berubah merah. Peristiwa mereka terperangkap di dalam lif tempoh hari sekali lagi menerpa di ingatan.

Sakit hati masih membekas di hati Harlem. Tak tahu kenapa tapi Harlem lebih sanggup terperangkap seorang diri di dalam lif itu sampai esok  berbanding bersama dengan Nadine dan Ezra yang menyebalkan itu!

Bukan mereka saja pasangan paling romantik dalam dunia ni sampai nak tayang pada semua orang.

"Nadine sekarang ada di ma-"

"Aku pernah bagitahu kau kan dulu? Aku tak nak ingat lagi dah fasal dia. Dan sekarang aku dah berjaya buang dia dari hidup aku."

Tolonglah jangan sebut sebaris nama itu lagi. Dia sudah cukup menderita selama ini.

"Kau memang manusia hebat, Harlem." Hardy senyum.

Harlem menoleh abangnya tanda tidak mengerti.

"Dari hari pertama Iris meninggal dunia lepas lahirkan Daisy sampai lah sekarang, satu detik pun aku tak pernah lupakan dia. Aku dapat rasa yang Iris masih bersama aku sekarang." luah Hardy.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hati Hardy selalu merindui isterinya.

"I'm sorry for you, abang. Tapi kau tak boleh samakan aku dengan kau. Kak Iris isteri kau. Apa yang kita lalui tak sama." balas Harlem bersungguh-sungguh.

NADINE SOFEADove le storie prendono vita. Scoprilo ora