49 - NADINE SOFEA

2.9K 398 15
                                    

Mata Nadine ralit memerhati Harlem yang masih sibuk menyimpan bagasi milik lelaki itu di dalam bonet kereta. Sesekali tangan yang memeluk tubuh sendiri mengusap lengan untuk menghilangkan rasa dingin pada waktu pagi yang masih diselubungi kegelapan.

"Tak ada barang lain yang tinggal?" soal Nadine setelah Harlem menyelesaikan pekerjaannya.

Harlem angguk perlahan lantas menggapai kedua belah tangan Nadine lalu melabuhkan ciuman di situ berkali-kali.

"Sejuk ke?"

"Sikit." jawab Nadine ringkas.

"I wish I can bring you along with me." ada nada sedih pada suara Harlem.

Nadine senyum nipis. "Awak pergi tak lama kan?"

"Satu hari pun di kira terlalu lama, sayang."

Jawapan Harlem itu mengundang tawa besar Nadine. Haih, comelnya! Suami siapa ni?

"Nak buat macam mana? Awak pergi pun sebab kerja juga kan? Lagipun di sini contract saya tinggal beberapa hari saja lagi. Tak elok lah kalau saya nak berhenti awal. Madam Ayu dah banyak tolong saya." beritahu Nadine.

Kalau diikutkan hati, dia juga mahu mengikut Harlem pulang awal pagi ini. Nadine tak nak berjauhan dengan Harlem lagi. Penat tau nak rindu-rindu orang yang tak ada depan mata!

"Lepas aku balik dari sana, aku terus ambil kau ya?"

Semoga hari-hari Harlem di Jepun nanti akan berlalu dengan sangat pantas. Sepanjang Harlem berada di sini dan bersama Nadine, dia hampir lupa dengan business trip syarikatnya ke Jepun. Nasib baik semalam Darrell tolong ingatkan dia.

Bila melihat Nadine ada di depan mata sekarang, Harlem rasa menyesal pula untuk menyertai lawatan tersebut. Kan dah tak fasal-fasal terpaksa berjauhan dengan isterinya yang comel ini.

Kalau pergi satu dua hari mungkin dia masih okay lagi. Ini satu minggu kut! Eddie punya idea lah ni. Dia tak ikut pun tapi dialah yang paling sibuk bagi cadangan yang menyusahkan orang.

"Nak ole-ole dari Jepun tak nanti?" soal Harlem. Jarinya ralit membelai rambut Nadine.

"Tak nak. Nak awak balik cepat-cepat dari sana." Nadine sengaja mengusik Harlem.

"Baby..." cair hati Harlem melihat kecomelan Nadine.

Boleh tak dia tak nak pergi Jepun? Nak berkurung dengan Nadine saja dalam bilik.

Geli hati Nadine melihat riak wajah Harlem begitu.

"Nadine..."

"Iya?"

Harlem diam sebentar. Jarinya mengelus lembut pipi Nadine. Lama mata mereka bertentangan. Jiwa Nadine pula sudah mula jadi tidak keruan dengan pandangan redup milik Harlem itu.

Ah, rama-rama! Kau....

"Kenapa ni, Har-"

Jantung bagai terhenti sesaat apabila bibir Nadine di sambar Harlem penuh lembut. Harlem dan Nadine sama-sama larut dalam ciuman penuh kasih itu.

Tuhan, tolong hentikan masa buat seketika kerana kini kami sedang merasakan nikmat bahagia paling sempurna.

"So many kisses, so little time." ucap Harlem seraya melepaskan bibir Nadine.

Sempat pipi Nadine dicium sekilas.

"Hati-hati drive. Nanti kalau dah sampai rumah, bagitahu saya ya?" pesan Nadine.

"Okay, sayang."

Kaki Harlem mengundur beberapa langkah ke belakang, enggan melepaskan peluang untuk melihat wajah Nadine sebelum berjalan ke arah kereta.

NADINE SOFEAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz