3 - NADINE SOFEA

3.4K 257 13
                                    

Air mineral botol besar Nadine bawa dengan langkah yang laju menuju ke gym basketball. Dia terlambat petang ini untuk bertemu dengan Harlem kerana sebentar tadi Miss Yasmine telah mengambil masa 30 minit lewat untuk menyelesaikan latihan nyanyian mereka.

Oleh kerana ada seorang pemain gitar di dalam ahli kumpulan mereka menarik diri secara tiba-tiba, semuanya jadi kacau-bilau. Miss Yasmine terpaksa mencari pengganti untuk sementara waktu pada hari ini juga agar latihan mereka berjalan dengan lancar.

Majlis Pelajar Tahun Akhir berlangsung tidak lama lagi. Kalau boleh Miss Yasmine mahu semua anak-anak didiknya membuat persembahan yang terbaik. Mungkin kerana itu, cikgu mereka sedikit tegas dan kelam-kabut.

Nasib juga ada yang menawarkan diri. Itupun dia punya petikan gitar tu...alahai. Entah berapa kali Miss Yasmine tepuk dahi. Nadine menyanyi pun, key dia lari entah ke mana. Salah dia yang hilang fokus atau pemain gitar itu yang khayal. Entah lah.

Semoga Miss Yasmine dapat menemui pemain guitar yang baharu.

Nadine menarik nafas lega setelah melihat Harlem bersama team-nya sedang giat berlatih. Nampaknya Harlem juga lambat menghabiskan latihannya petang ini.

Nyaris saja lagi kena tinggal oleh Harlem. Melepas nak makan aiskrim.

"Nadine!" Darrell lambai ke arah gadis itu. Sebelah tempat duduknya di tepuk menjemput Nadine duduk di siru.

Nadine membalas lambaian lalu bergerak menghampiri Darrell. Punggung dihenyak di sebelah lelaki itu.

"Tunggu Harlem?" soal Darrell.

Nadine angguk laju sambil mata mencari kelibat Harlem di gelanggang.

Seperti biasa, Harlem tampak sangat kacak di matanya.

"Awak tak ikut diaoramg training, Darrell?" tanya Nadine hairan. Nadine lihat hanya Darrell saja yang duduk di sini.

"Injured. So coach suruh rehat dulu." Darrell tunjuk kakinya yang luka.

"Macam mana boleh injured? Teruknya sampai berdarah macam tu." luka yang ada di betis Darrell yang boleh tahan dalam itu menggelikan Nadine.

"Tadi saya jatuh masa nak selamatkan anak kucing dalam longkang. So yeah...." Darrell membelek lagi kakinya.

Yang sebenarnya bukan anak kucing itu punca segalanya.

"Oh, kebetulan." Nadine teringat sesuatu.

"Tadi Armani pun jatuh sebab katanya dia pergi tolong selamatkan kucing-" Nadine terjeda seketika setelah terlihat raut wajah Darrell menjadi tegang.

Bibir dikemam rapat.

Jangan-jangan Darrell jadi seperti ini disebabkan Armani? Aduh, kawannya yang satu itu. Ada saja perangai dia tau.

"Err-Armani ke yang buat-"

Bunyi bingit wisel menghentikan percakapan Nadine. Kepala Nadine dan Darrell serentak berpaling ke arah gelanggang. Sesekali Nadine mencuri pandang luka di kaki Darrell.

Haih la si Armani ni. Macam mana lah Darrell tak alergik pandang muka kawan dia tu kalau ada saja bencana yang Armani buat terhadap Darrell.

"Nad, saya gerak ke sana dulu. Awak duduk saja di sini. Rasanya diaorang dah nak habis dah tu." beritahu Darrell mula bingkas bangun mahu menuju ke tandas.

"Oh, okay." Nadine tunjuk isyarat 'okay' dengan jari.

Nadine kalih semula kepalanya ke arah gelanggang. Kelihatan Harlem dan team-nya sedang melakukan cooling down.

Yay, lepas ni makan aiskrim!

Setelah Harlem dan team-nya bersurai, Nadine bingkas bangun untuk mendapatkan Harlem. Belum sempat nama lelaki itu dipanggil, kelihatan Harlem seperti tergesa-gesa dan pantas mengambil begnya lalu melangkah keluar dari gym.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now