36 - NADINE SOFEA

4.1K 482 44
                                    

Keluhan Harlem di sebelah mengganggu ketenteraman telinga Darrell sejak tadi. Dari di pejabat sehingga mereka datang ke sini, muka Harlem monyok tak tentu fasal. Telefon bimbit juga tidak lepas dari tangan bersama keluh kesahnya.

"Kau kenapa, Harlem?" soal Darrell hilang sabar.

Harlem sedikit tersentak. Darrell di sebelahnya dikerling sekilas sebelum telefon bimbit didekap pada telinga dipandang semula bersama keluhan seperti tadi.

"Kau call siapa?" tanya Darrell lagi.

"Kau ada number phone Nadine tak? Ke dia pakai number lain? Dari tadi aku call dia tak dapat." beritahu Harlem. Perasaan risau dan geram bercampur baur.

Ke si Nadine ni lupa nak cas fon dia? Atau ada apa-apa jadi pada Nadine di rumah?

"Haih!" kusut kepala Harlem dibuatnya.

"Ni ha number phone dia." Darrell sua telefon bimbitnya kepada Harlem.

"019...-"

"Number ni lah yang aku try dari tadi tak dapat tu. Aku nak number lain." ujar Harlem tidak berpuas hati. Tak membantu langsunglah!

Darrell menggeleng kepala. "Kau yang minta dari aku tadi kan? Manalah aku tahu kalau Nadine ada guna nombor lain."

Harlem merebahkan kepala di atas meja. Kakinya menghentak-hentak lantai.

"Nadine buat apa eh dekat rumah? Kenapa susah sangat aku nak contact dia ni, Darrell?" rengek Harlem perlahan.

Mata Darrell mengecil memerhati perangai Harlem. Macam budak-budak!

"Tanya aku buat apa, isteri kau kan?" pelik-pelik saja perangai Harlem lepas seminggu bercuti ini. Entah apa yang Nadine bagi dia makan di rumah tu tak tahu lah.

"Guys, sorry lambat!"

Kepala Harlem tegak semula mendengar suara tuan empunya badan yang ditunggu dari tadi.

"Aku ada photoshoot tadi. Jammed pula on the way datang ke sini. Sorry." sengih Armani lalu mengambil tempat duduk bertentangan Harlem dan Darrell. Kaca mata hitam dibuka.

Sempat mata Darrell dan Armani bertemu. Namun cepat-cepat Armani mengalihkan pandangan. Yalah, nanti orang tu ingat kita masih syok dekat dia pula. Tak fasal-fasal digelar perempuan gila lagi.

"Ini contract yang aku dah sediakan. Kau baca dulu. Kalau ada apa-apa perkara yang kau rasa musykil atau kurang setuju, kita boleh bincang lepas ni." fail hitam di tangan Harlem diserahkan kepada Armani.

Gadis seksi itu diam menelaah kontrak tersebut. Selesai membaca, kepala diangkat dan sekali lagi tanpa sengaja matanya dan mata Darrell bertembung. Lama.

"So? Anything yang perlu dibetulkan atau ada syarat yang kurang jelas dalam kontrak itu?" suara Harlem di hadapan memutuskan pandangan Armani dan Darrell.

Tubuh ditegakkan semula. "N-nothing. Semua okay." mata mencuri lihat Darrell semula.

Namun kali ini, lelaki itu membuang pandangan ke arah dinding berkaca. Senyuman mahal Darrell dihadiahkan pada seorang gadis cantik di luar.

Erin.

Tak sangka lelaki yang menjengkelkan itu ialah teman lelaki kepada MUA peribadinya merangkap sahabat rapat Armani sendiri. Kecil betul dunia ini kan?

"Nothing to discuss?" tanya Harlem lagi.

Armani geleng kepala. "There is no issues here, I guess. Lagipun aku memang selalu collab dengan syarikat keluarga kau, Harlem. So far, semua menyenangkan tapi tak tahulah bila bekerjasama dengan your team pula kali ni."

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now