32 - NADINE SOFEA

4.9K 432 49
                                    

"Sorry, Kai. Aku terpaksa postpone lagi meeting kita. Nadine masih tak sihat. Aku kena jaga dia dulu." beritahu Harlem melalui panggilan telefon.

Bahu dan kepala jadi senget menahan iphone di telinga kerana tangannya sibuk menyuap makanan ke mulut Nadine.

"Saya dah kenyang." tolak Nadine dengan suara perlahan. Jari menolak sudu yang disua ke mulut.

Harlem menjegil mata tanda memaksa dan Nadine pula mahu tak mahu terpaksa membuka mulut lagi.

"Nanti aku minta Darrell hantar paper work tu. Aku dah semak dah tapi aku nak kau double check sekali lagi nanti."

Nadine di hadapan mengeluh berat setiap kali sudu singgah ke mulutnya. Dia sudah terlalu kenyang.

"Hm." muka tampak Harlem serius dengan panggilan itu. Entah apa yang Tengku Kaizer jelaskan pada Harlem.

Tapi itu tidak menghalang fokus Harlem menyuapkan makanan ke mulut Nadine. Dia sudah pasrah. Nanti kalau Nadine termuntah, harap kena di baju Harlem. Biar padan muka.

"Okay. Kalau ada apa-apa aku call kau balik."

Panggilan terus dimatikan. Sejurus itu, Harlem lihat mangkuk di tangannya. Licin. Bibir tersenyum puas.

"Habis pun."

Nadine mengguling mata ke atas.

"Dah awak yang paksa."

"Kalau tak dipaksa, kau takkan makan." balas Harlem.

"Saya bukan tak nak makan tapi saya masih kenyang makan breakfast pagi tadi." rungut Nadine pula.

"Sekarang kau tengah sakit jadi tak boleh skip makan."

"Tapi yang sakit tu kaki saya bukan perut. Tak ada kaitan langsung pun dengan-"

"Menjawab lagi mulut tu. Nak aku cium macam malam tadi?"

Terasa muka Nadine membahang panas. Mendengar ugutan itu lantas membuatkan lidahnya jadi kelu.

Seharian Nadine cuba beriak biasa di hadapan Harlem tentang apa yang telah berlaku malam tadi namun Harlem dengan selamba mengungkit hal itu dihadapannya.

Dia sangat malu okay? Lagi-lagi si pelaku selalu berada di depan mata. Nak lari tapi di mana dia mahu menyembunyikan diri?

"Gatal!" bahu Harlem ditampar kuat.

Muka merah Nadine itu mengundang tawa besar Harlem.

"Ehem!"

Deheman Lilia di sebelah kanan katil Nadine serentak mengejutkan pasangan itu lalu berpaling ke arah Lilia.

Riak muka sedikit terkejut. Harlem dan Nadine baru teringat tentang keberadaan Lilia di situ dari tadi.

Sedaya upaya bibir Lilia mengukir senyuman walhal hatinya sedang terbakar sekarang. 15 minit dia duduk di sini macam tunggul kayu. Sejak dia datang ke sini, Harlem hanya sibuk melayan Nadine bodoh tu berbanding dia.

Apa tadi?

Ciu- argh!

Harlem pun satu. Nak juga pergi cium perempuan sial macam Nadine.

"Harlem, I lapar lah." Lilia mendekati Harlem. Sengaja tubuhnya dirapatkan dengan lelaki itu.

Nadine yang terlihat adegan itu cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia tahu Lilia sengaja berbuat begitu.

Tapi kenapa Lilia mahu bersusah payah menyakitkan hatinya sedangkan Harlem memang menyukai gadis itu sejak dulu lagi? Apa lagi yang Lilia mahu dari dia sebenarnya?

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now