40 - NADINE SOFEA

5K 470 33
                                    

Harlem jadi tak tentu arah. Sesekali sejambak bunga tulip putih di dalam tangan diperhatikan. Mata juga sering memandang ke arah pintu dengan harapan tuan empunya badan bakal muncul.

Jam yang di sarung pada pergelangan tangan ditilik. Harlem tahu masa masih awal tapi kenapa terasa macam sudah terlalu lama dia menunggu di sini?

"Boleh harap ke si Armani ni?" Harlem menggaru kepala. Hati menjadi semakin gelisah.

Kenapa Nad-

"Nadine...." bibir mula mengukir senyuman lebar setelah menyedari kehadiran Nadine di situ. Badan yang tersandar pada dinding mula tegak.

Kaki mengorak langkah mendekati gadis itu.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Nadine.

Harlem hanya senyum lalu meraih tangan Nadine untuk membawa gadis itu lebih dekat dengan pemandangan di atas rooftop.

"For you." sejambak bunga tulip putih diberikan kepada Nadine.

"Thanks. Cantik." bunga bertukar tangan. Sempat hidung singgah di situ.

Wanginya!

Harlem berdehem seketika sebelum membuka bicara. Sesekali belakang leher diusap perlahan.

"Nadine..." sebelah tangan Nadine diraih semula dan digenggam erat. Matanya memanah mata bundar jernih milik Nadine.

Harlem menghembus nafas berat di mulut. Bibir pula tidak berhenti senyum. Entah mengapa Harlem rasa terlebih gugup dari biasa. Sedangkan ini hanya sesi cubaan untuk Harlem sahaja sebelum dia akan meluahkan perasaan sebenarnya pada Lilia nanti.

"Aku-..."

Nadine menggigit bibir. Genggaman tangan Harlem turut dibalas erat.

"Aku-" Lidah Harlem kelu. Entah berapa kali Harlem berdehem cuba mengatur suara.

Ya Tuhan, kenapa dengan jantungnya ini?

"Iya, Harlem? Kenapa dengan awak?"

"A-aku..."

"Aku cintakan kau, Nadine."

Hati Harlem berubah lega sebaik saja ayat itu diluahkan.

Bunga-bunga sakura sedang berterbangan di seluruh hati milik Nadine. Air matanya bergenangan. Ingin saja dia terus merangkul tubuh Harlem di situ.

Dia seakan bermimpi. Namun kenyataannya dia sedang berpijak di bumi yang nyata. Bukan ilusi. Bukan juga mimpi.

"Saya cintakan-"

"Nad, Lilia dah datang. Wish me luck." potong Harlem. Tangan Nadine terus dilepaskan.

Nadine terpanar seketika. Baru saja hati meyakinkan diri bahawa semua tadi bukan mimpi namun Nadine seperti baru sedar bahawa inilah realiti yang sebenarnya.

"Thanks tolong aku. Aku harap aku dapat luahkan perasaan aku macam mana aku dah buat tadi. Bunga ini untuk kau." pipi Nadine diusap sebelum berlari anak mendapatkan Lilia.

Nadine terkaku sebentar di situ melihat Harlem mendekati Lilia. Jelas ada gembira yang terbit di wajah lelaki itu.

"Ada apa you nak jumpa I?" soal Lilia.

Sambil itu mata meliar memandang sekeliling rooftop yang sudah dihias cantik.

Harlem senyum nipis. Kedua tangannya dicantum lalu tunduk seketika.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now