20 - NADINE SOFEA

3.8K 354 30
                                    

Nadine menelan air liur kelat. Jantung berdegup tidak tenang. Perasaan takut dan resah mengasak dadanya sehingga Nadine dapat merasakan bahawa dia bakal memuntahkan segala isi perutnya di situ juga.

Menyesal.

Menyesal.

Menyesal

Perkataan itu menyapa di fikiran sebaik saja tiba di sini. Apatah lagi bila kini dia sedang berdiri di hadapan Harlem.

Patutlah hatinya mendesak agar tidak menerima tawaran Tengku Mazhar untuk menyanyi di majlis makan malam pada malam ini.

Tengku Mazhar tipu. Majlis ini bukan majlis kawannya tapi majlis syarikat milik orang tua itu.

Apa yang patut dia lakukan sekarang?

Nadine tunduk melihat gaun hitam ketat yang membaluti tubuh rampingnya. Bolehkah kalau dia melarikan diri dengan gaun ini?

Tapi kalau dia lari, Nadine hanya akan merosakkan majlis malam ini dan dalam masa yang sama Nadine akan menconteng arang di wajah Dato' Akhbar.

"Uncle tak sabar nak dengar nyanyian Nadine malam ini. Akhbar, anak saudara kau memang berbakat. Aku sangat berbesar hati sebab dia sudi terima tawaran aku." tutur Tengku Mazhar.

Nadine semakin dihimpit serba salah. Tanpa sengaja, pandangannya dan Harlem bertemu. Mata Harlem cukup memberikan gambaran pada Nadine bahawa lelaki itu sedang membunuhnya di dalam kotak imaginasi Harlem.

"Trust me, she will make you proud." balas Dato' Akhbar yakin.

Nikki dan Datin Fea di sebelah hanya mengguling mata ke atas. Menyampah!

"Cik Nadine boleh ikut saya ke belakang pentas? Cik kena ready untuk persembahan nanti." muncul seorang wanita muda bersut lengkap berwarna biru tua.

Tanpa medengar jawapan dari mulut Nadine, wanita itu menarik lembut tangan Nadine dan membawanya pergi. Nadine sempat pamit sebelum kelibatnya hilang.

"Aku harap semua orang tak terkejut dengan pengumuman kau malam ini." beritahu Dato' Akhbar mula menarik perhatian mereka yang lain di situ.

Termasuk Harlem.

"Aku tak kisah tentang reaksi orang lain. Yang penting kita dah sepakat." balas Tengku Mazhar tenang.

"Uncle tiri you nak announce apa nanti, Lia?" bisik Nikki di telinga Lilia.

Gadis itu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Jangan-jangan dia nak umumkan tentang perkhawinan you dengan Harlem kut?" Nikki tiba-tiba teruja.

"Hey, you merepek apa ni? Tak mungkin lah." bahu Nikki di pukul lembut.

"Jap, jap. I baru teringat sesuatu. Minggu lepas I terdengar aunty Qaseh borak dengan my mom fasal wedding. And she mentioned your name, Lia." cerita Nikki.

Senyum nipis mula terbit di bibir Lilia. Jantung seakan berdegup gembira mendengar khabar dari mulut Nikki.

"Are you sure?" Lilia hampir gagal menyembunyikan perasaan terujanya.

"100% sure. Finally, Harlem akan jadi milik you, Lia. You know what? Lepas je uncle tiri you announce perkahwinan you dengan Harlem, I lah orang pertama yang akan bersorak dalam hall ni."

Lilia tertawa kecil. Dia sendiri juga tidak sabar menanti detik itu tiba. Wajah Harlem di pandang bersama senyuman kecil.

Akhirnya setelah sekian lama dia menunggu Harlem membuka hati untuknya, takdir menyatukan mereka.

Harlem akan jadi miliknya sampai bila-bila.

Bukan Nadine Sofea.

Tapi dia.























NADINE SOFEADonde viven las historias. Descúbrelo ahora