12 - NADINE SOFEA

2.6K 247 22
                                    

"Nadine!"

"Nadine!"

Suara Armani memeriahkan suasana sepanjang koridor bilik kelas. Nadine pula pantas berpaling setelah mendengar namanya di seru dari jauh.

"Nadine, tunggu aku di situ!" Armani berlari anak mahu mendapatkan gadis comel itu.

"Iya, Armani? Ada apa ni?" soal Nadine pelik sebaik saja Armani tiba di sisinya.

Armani diam seketika mahu mengambil nafas. Hampir setiap hari dia berlari di atas trademill pun masih mengah juga ke?

"Harlem-" Armani tercungap-cungap.

"Harlem, dia-" air liur di telan.

"Kenapa dengan Harlem?" tanya Nadine.

"Tu, Harlem-" Armani berhenti lagi.

Nadine mula cuak. "Iya, Armani? Kenapa dengan dia? Boleh tak cakap elok-elok sikit? Jangan main-main boleh tak?"

Bahu Armani digoncang lembut memaksa gadis seksi itu memberitahunya hal sebenar.

"Harlem nak jumpa kau. Sekarang."

"Hah?!" Nadine bertambah pelik.

Jadi, Armani terjerit-jerit nama dia macam orang gila sebentar tadi hanya sekadar hendak menyampaikan pesanan itu saja.

What the hell?

"Harlem tak bagitahu apa-apa pun dekat saya." sempat Nadine memeriksa telefon bimbitnya. Tiada sebarang notifikasi dari Harlem.

"Sebab itu aku bagitahu kau. Dia yang pesan suruh aku sampaikan benda ni pada kau. Harlem nak jumpa kau sekarang juga. Dekat rooftop. He's waiting for you right now." Armani tayang senyum penuh makna.

"What?" Nadine angkat kening tinggi tidak mengerti akan reaksi yang ditunjukkan Armani.

"Okay, okay. Spoiler alert. Tadi aku tengok Harlem dah hias cantik-cantik rooftop dekat atas tu. Siap ada bunga tulip. Bunga favourite kau kan?" Armani bertambah teruja.

"So aku rasa lepas ni kawan aku yang comel ni akan jadi perempuan paling bahagia dalam dunia." bahu Nadine dipeluk erat.

"Eh, kejap. Apa maksud awak ni, Armani? Saya tak faham lah." Nadine cuba meleraikan pelukan Armani.

Kedengaran dengusan geram di mulut Armani. Hilang terus keterujaannya tadi.

"Kau jangan jadi bengap sangat boleh tak, Nad? Sekali ni ja aku minta." Armani menjeling tajam.

Mata Nadine terkebil-kebil membuatkan geram Armani semakin menggelegak.

"Harlem nak jumpa kau. Atas rooftop. Dan ada bunga. Itu maksudnya dia nak luahkan perasaan dia pada kau. Tak faham lagi?" terang Armani.

Nadine menggeleng kepala berkali-kali.

"Tak, tak. Tak mungkin. Awak salah dengar. Mungkin tadi Harlem suruh awak cari Lilia. Bukan saya. Awak tahukan Harlem suka Lili-"

"Shuh! Sudah! Aku belum pekak macam Lea lagi lah, Nad. Dia memang sebut nama kau. Sekarang kau pergi jumpa dia. Lama dah Harlem tunggu kau dekat atas tu. Pergi cepat." Armani menolak tubuh Nadine berkali-kali.

"T-tapi, Armani. Saya-"

"Just go! And good luck!" tubuh Nadine ditolak lebih kuat. Mahu tak mahu, Nadine terpaksa mengorak langkah juga.

Perasaan gementar mula menjengah. Bunyi degupan jantung seakan mampu menggegarkan seluruh tubuhnya ketika ini.

Setiap langkah terasa seperti Nadine sedang di alam mimpi. Akal fikiran masih cuba menidakkan setiap tutur kata yang keluar dari mulut Armani tadi namun hatinya mula menaruh harapan tinggi.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now