46 - NADINE SOFEA

5.9K 487 34
                                    

Sudu menguis-uis sisa nasi di dalam pinggan. Dua jam sudah berlalu namun Nadine masih tidak berganjak sedikitpun dari tempat yang diduduki.

Kejadian di dalam bilik bersama Harlem tadi sering menganggu fikiran. Entah mengapa rasa serba salah asyik memukul jiwa Nadine sejak tadi.

Berpisah?

Sejujurnya Nadine sendiri meragui keputusan itu. Nadine sangka dia kuat menghadapi semua ini, tapi bila Harlem sudah berada di depan mata Nadine jadi lemah. Dia lupa marahnya. Dia lupa rajuknya. Dia lupa segala-galanya.

Tapi kalau sudah hubungan mereka sejauh ini rumitnya, lebih baik berpisah saja kan? Atau sebenarnya Nadine sendiri yang sengaja merumitkan mereka?

Haih! Apa-apa sajalah!

"Sukahati dia saja ambil phone orang! Dasar pencuri!" rungut Rosie sebaik saja tiba di meja Nadine. Punggung lantas direbahkan di sebelah sahabatnya.

Fokus Nadine mula beralih ke arah Rosie. Muka masam Rosie diperhati dengan riak hairan.

"Kau tahu ada mamat tu curi phone aku."

"Iya lah, aku tahu salah aku sebab letak merata. Rasanya masa aku pergi ambil makanan tadi aku main letak je dekat atas meja. Bila aku nak cari phone aku semula, aku nampak phone tu dah ada dekat tangan dia. Siap mengaku lagi phone tu dia yang punya bila aku nak minta balik. Tak malu langsung!" bebel Rosie geram.

Pencuri sekarang memang tebal muka kan?

"Habis tu yang ini phone siapa pula?" soal Nadine pelik. Iphone di hadapannya diambil.

Muka marah Rosie tadi terus berubah pucat. Telefon pintar yang ada di tangan Nadine dan yang ada padanya memang 100% sama.

Casing kartun We Bare Bears tu pun memang sama habis!

"So miss, boleh I ambil phone I balik?" suara garau di belakang Rosie serentak mengalihkan pandangan dua gadis cantik itu.

"Ezra!" kedengaran suara Nadine berubah teruja.

"Hi, my Nadine." Ezra kenyit mata sebelah.

Rosie menelan air liur kesat. Walaupun malu sedang menampar wajahnya, kepala dipaksa juga berpaling ke belakang.

Bibir Ezra senyum senget menahan rasa lucu melihat wajah cuak gadis di hadapannya.

Comel.

"S-sorry..." Rosie tunduk malu sambil tangan menyerahkan semula telefon bimbit kepada Ezra.

Tangan Ezra menyambut. Senyumannya masih belum memudar malah makin lebar pula.

"Tapi casing kita memang cute pun kan? I ingat I saja satu-satunya orang dewasa yang suka cartoon ni."

Dapat Rosie rasakan ayat Ezra itu bagaikan satu sindiran buatnya.

"I minta maaf." Rosie rasa macam dia mahu lenyap saja dari bumi ini.

Padan muka! Itulah padahnya menuduh orang tanpa usul periksa. Sekali Tuhan bayar cash terus. Mana dia nak letak muka?

"Nad, aku masuk bilik dulu ya. Ss-sekali lagi, I minta maaf." Rosie tunduk berkali-kali sebelum dengan pantas melarikan diri dari situ.

Dia nak jerit puas-puas dekat bantal untuk buang rasa malu ini. Langkah bagai lipas kudung Rosie akhirnya meletuskan tawa kecil Ezra.

Perempuan comel!

"Saya minta maaf bagi pihak Rosie, Ezra. Dia memang kadang-kadang macam tu. Selalu lupa dengan barang sendiri." beritahu Nadine. Sempat kepala menggeleng kecil.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now