16 - NADINE SOFEA

3.2K 320 21
                                    

10 tahun kemudian...

Air mata yang belum kering, Nadine seka semahu-mahunya sehingga yakin tiada lagi sisa air mata yang tinggal. Nafas dihembus perlahan sebelum daun pintu di kuak untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

"Hai, awal balik. Dah kena pecat dengan Tengku ke tu?" suara Nikki meyambut kedatangan Nadine.

Gadis itu sedikit kaget mendengar terjahan Nikki sehingga langkahnya jadi mati di situ.

"Saya tak kena pecat pun tapi-"

"Habis tu?" Datin Fea pula tiba-tiba muncul dan mencelah.

"Saya berhenti kerja." jawab Nadine menunduk tidak mahu melihat wajah sinis Datin Fea dan Nikki di hadapannya.

"Ha bagus sangat lah tu. Kau ingat perempuan macam kau tu layak ke nak kerja dengan keluarga kerabat diraja? Apa dia? Jaga anak diaorang? Silap-silap mati anak orang tu kau jaga. Lepas itu menyusahkan hidup aku lagi. Dasar anak pembawa sial!" cemuh Datin Fea.

"Kira okay juga kalau anak-anak Tengku Kaizer tu mati dijaga oleh Nadine jadi lepas tu dia boleh meringkuk dalam penjara. Tak payah kita penat-penat simpan dia dalam rumah daddy ni. Buat sakit mata saja." sambung Nikki pula.

Nadine menggenggam hujung baju menahan rasa. Walaupun sejak dulu, kata-kata hinaan itu sering berlagu di halwa telinga Nadine namun rasanya masih tetap sakit. Terlalu sakit untuk ditelan.

"Kau pergi dapur. Masak! Malam nanti kawan-kawan Nikki nak datang. Sebelum tu cuci baju. Pastikan dah kering sebelum malam ni. Kemas rumah. Kalau aku nampak rumah masih bersepah. Nahas kau!" arah Datin Fea sebelum berlalu pergi dan diikuti Nikki dari belakang.

Sempat Nikki melanggar kuat bahu Nadine sewaktu melintasi gadis itu.

Tanpa banyak bicara, Nadine bergerak ke dapur untuk memulakan tugasnya.

"Kalau awak berhenti kerja, awak akan balik semula ke rumah makcik awak, Nadine. Saya rasa awak sendiri pun tahu tentang itu. Bekerja di sini adalah peluang untuk awak keluar dari rumah itu."

Kata-kata Darrell siang tadi asyik bermain di fikiran. Memang benar apa yang Darrell tuturkan tapi pilihan apa yang Nadine punya sekarang?

Janji tetap janji.

Pertemuan di antara mereka tidak boleh  terjadi walaupun sesaat.

6 bulan bekerja di tempat yang menggembirakan Nadine dan memiliki majikan yang baik seperti itu cukup membahagiakannya untuk seketika.

Sudah tiba masa Nadine harus kembali ke tempat yang selayaknya untuk dirinya. Di dalam rumah persis neraka ini.

Nadine sendiri tahu kehadirannya bersama Encik Adlee langsung tidak diterima Datin Fea dan Nikki sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki ke rumah ini.

Datin Fea dan Nikki masih mampu bermanis muka di hadapan Dato' Akhbar namun sejak Encik Adlee meninggal dunia 6 tahun yang lepas, anak beranak itu mula menunjukkan belang.

Apatah lagi sekarang. Bila Dato' Akhbar tidak berada di rumah selama beberapa hari atau berbulan-bulan, beginilah layanan yang Nadine harus hadap hampir setiap hari.

Nadine penat.

Sumpah penat.

Namun, dia tidak mahu mengecewakan hati Dato' Akhbar. Pernah beberapa kali Nadine mahu keluar dari rumah ini tapi Dato' Akhbar pasti memujuknya supaya jangan pergi.

Nadine serba salah. Lagipula, dia sangat terhutang budi dengan Dato' Akhbar.

"Hey anak sial." suara Nikki muncul di dapur.

NADINE SOFEAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant