26 - NADINE SOFEA

4.5K 429 29
                                    

Suasana gelap menyambut kedatangan Harlem. Suis lampu ditekan mahu menerangi ruang tamu sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah.

Harlem menghayun kaki perlahan untuk naik ke tingkat atas. Tak sabarnya nak baring untuk melepaskan segala lelah setelah memaksa tubuh dan otak bekerja hari ini.

Namun, langkahnya mati setelah terlihat sekujur tubuh Nadine sedang nyenyak tidur di atas sofa. Tak mungkin Nadine tunggu dia balik? Dia bukan Ezra.

Tanpa sedar, kaki Harlem membawanya mendekati Nadine di sofa. Punggung perlahan direbahkan di sebelah Nadine. Lama sepasang matanya menatap wajah Nadine. Seronok pula tengok muka Nadine sedang tidur.

Tenang dan comel macam dulu. Senyuman kecil hadir di bibir.

Telefon bimbit di dalam genggaman Nadine, di ambil perlahan supaya Nadine boleh tidur dengan lebih selesa. Mata tertarik melihat warna kemerahan yang ada pada lengan putih Nadine.

Kuat sangat ke dia genggam lengan Nadine tadi? Patutlah gadis itu tak berhenti mengadu sakit sepanjang Harlem mengheret Nadine mengikutinya tadi. Rasa serba salah mula mengganggunya lagi.

Rambut kusut diraup ke belakang sebelum Harlem bergerak ke dapur. Tangan mengambil first aid kit di dalam laci lalu melangkah semula ke ruang tamu.

Harlem sapu ubat di lengan Nadine yang merah tadi dengan perlahan-lahan.

"Awak buat apa?"

Automatik ubat di tangan Harlem terpelanting jauh kerana terlalu terkejut walaupun suara Nadine perlahan menjengah di telinganya.

Terasa wajah Harlem memerah padam dan dengan pantas dia berdiri mahu melangkah pergi dari situ.

"Awak buat apa tadi?" soal Nadine lagi. Dia jadi curiga. Mana taknya, celik saja mata tiba-tiba wajah kacak Harlem menjadi pemandangannya yang pertama.

"A-aku tengah cari barang." tipu Harlem sambil buat-buat melilau mencari barang di sekeliling ruang tamu.

"Barang apa?" Nadine tidak berhenti bertanya. Kepalanya juga ikut bergerak.

"Tak payah sibuk. Barang aku kan? Bukan barang kau." jawab Harlem menjeling Nadine.

Bibir Nadine mencebik geram. Menyampah nya! Orang tanya sikit pun nak marah. Period ke apa?

Nadine segera bangkit dari situ sebelum perang tercetus lagi. Kini, dia dengan Harlem memang pantang bertemu. Semua benda nak buat gaduh. Contohnya macam sekaranglah. Orang tanya elok-elok pun terus nak jadi singa. Pelik betul.

"Aku nak keluar makan. Pergi siap cepat." beritahu Harlem tiba-tiba.

Tiada angin, tiada ribut.

Nadine berpaling semula menghadap Harlem.

"Saya dah kenyang. Nak sambung tidur lagi." jawab Nadine selamba. Sisa kantuk masih terasa.

Lagipun jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Tak laratlah nak keluar rumah semata-mata nak makan saja. Masak maggi lah! Lagi senang.

"Aku peduli apa. Hutang aku semalam kau belum bayar."

Nadine bertambah hairan.

"Hutang apa pula ni?" rasanya dia tidak pernah meminjam duit satu sen pun dekat Harlem. Hutang apa yang dia maksudkan?

Sempat Nadine berfikir panjang.

"Nasi goreng semalam tu bukan free. Aku nak kau bayar. Jadi malam ni kau kena belanja aku makan." sebut Harlem selamba.

Terlopong mulut Nadine.

Dengan nasi goreng yang tak seberapa itu pun nak berkira?! Harlem ni memang betul-betul manusia ke apa?

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now