18 - NADINE SOFEA

4.2K 379 74
                                    

Troli ditolak lemah sambil mata meliar melihat barangan makanan yang terletak kemas pada deretan rak. Sesekali Nadine menggigit bibir menahan sakit apabila senggugut di perut muncul semula.

Peritnya terasa sehingga di kepala. Nadine menghembus nafas dan melangkah semula setelah senggugut beransur hilang.

"Nad, betulkan buah oren ambil 6 biji?" Ezra muncul bersama plastik di tangan.

Nadine angguk. "Thanks."

Plastik berisi oren diletakkan ke dalam troli.

"Sini, biar I yang tolak." pelawa Ezra. Troli bertukar tangan.

"Nenek sihir dengan anaknya suruh you beli apa lagi?" Ezra turut menilik senarai barang yang ada di tangan Nadine.

"Tinggal tepung dan bread." jawab Nadine.

"Keterlaluan betul makcik tak guna you tu. Dia perempuan kut so dia seharusnya faham kalau orang tengah period cramp mana larat nak jalan. Ni siap suruh you shopping groceries malam-malam buta pula tu. Macam mana kalau you pengsan tengah jalan? Nasib I jumpa you di bus stop tadi." bebel Ezra geram.

"Tak apa. Sikit je ni." balas Nadine senyum.

Ezra mendengus berat.

"You pun satu. Semuanya tak apa dari mulut you. Jangan jadi baik sangat, Nad. Sebab itu anak beranak setan tu suka pijak kepala you." Ezra marah pula.

Melihat Ezra membebel seperti ini mengingatkan Nadine kepada Armani. Kalau gadis itu bersamanya sekarang, pasti banyak carutan yang keluar dari mulut Armani untuk Datin Fea dan Nikki.

Syukur kini cita-cita Armani tercapai menjadi seorang model antarabangsa. Rindunya dia pada Armani dan Leanna. Sepanjang 10 tahun berjauhan, mereka tidak pernah berhubung dan bertemu lagi selepas Nikki sengaja membuang telefon bimbitnya yang lama.

"Kenapa you sengih? I tengah serius ni, Nad." tegur Ezra.

Nadine ketawa kecil. "Awak macam Armani. Suka membebel tak tentu fasal."

"Semua orang akan membebel macam I kalau tengok perangai keras kepala you tu." dahi Nadine di ketuk halus.

Nadine mencebik bibir.

"Mesti Luna pun sakit telinga kan dengar awak selalu membebel macam mak nenek? Kesian Luna." usik Nadine.

"Jangan babitkan girlfriend I ya, Nad. Dia good girl. Tak macam you ni! Degil!" Ezra mencubit pipi Nadine.

"Ouch sakitlah!" jari Ezra dipukul.

"Auw!" Nadine tiba-tiba memegang perut.

"Kenapa?" wajah Ezra berubah risau.

"Period cramp datang lagi." berkerut wajah Nadine menahan sakit.

"You keluar dulu. Ada tempat duduk di luar. You tunggu I di sana. Kerja you ni biar I yang settle-kan." beritahu Ezra. Muka Nadine kelihatan sedikit pucat.

"Takpelah. Saya masih okay. Sekejap je ni. Lagipun tak sakit sangat macam tadi." tutur Nadine mengusap perut.

"Saya nak cari coklat KitKat. Coklat tu buat senggugut saya okay sikit."

Ezra mengangkat kening tinggi. Pelik. Rasanya di farmasi ada jual pil untuk senggugut tapi ubat Nadine lain pula ya. Macam-macam.

"Awak tunggu sini." Nadine melangkah pergi mencari bahagian rak yang menjual coklat tersebut.

Bibir mengoyak senyuman setelah menjumpai satu bungkus KitKat yang tinggal pada rak itu. Barangkali memang rezekinya hari ini.

Sebaik tangan memegang bungkusan tersebut, satu tangan juga hinggap di situ.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now