°∘∘2∘∘°

81.3K 4.6K 66
                                    

"Lina, pergi lah balik. Pelanggan dah makin kurang ni." arah Kak Dian satu satunya rakan sekerja Aisy.

"Boleh ke kak Dian? Awal lagi ni." Aisy menjawab perlahan sambil ralit mengutip beberapa gelas yang berada di atas meja makan pelanggan.

"Awal lagi apanya? Malam dah ni. Sian si comel Sumayyah ni."

Tersenyum nipis Aisy apabila dia tersedar yang Kak Dian bertindak untuk mendukung si adik perempuan kesayangannya itu.

"Alahai siannya dia. Ngantuk ye?" Kak Dian menekup mulut kecil Sumayyah yang secara spontannya terbuka luas akibat tahan mengantuk.

"Okey. Kejap kakak nak hantar gelas pergi berlakang. Kak Dian tolong tengokkan adik kejap ya." Aisy tergelak kecil melihat adik perempuannya yang sudahpun melentokkan kepala di bahu kak Dian. Gadis itu terus menjauhi ruangan tersebut lantas menyelesaikan segala tugasnya.

 Gadis itu terus menjauhi ruangan tersebut lantas menyelesaikan segala tugasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih Pak Daus sebab jagakan Harizz tadi.." Aisy memegang erat lengan adik lelakinya. Dia mengukir senyuman manis buat Pak Daus.

Mereka berada di hadapan perkarangan rumah. Setiap malam, selepas saja Aisy pulang ke rumah, pasti Pak Daus akan hantar Harizz pulang. Lelaki berumur itu risau akan keselamatan Aisy, jadi dia akan memastikan sebelum dia hantar Harizz pulang, pasti Aisy ada di rumah dahulu.

"Sama sama. Takpa lagipun Harizz ni macam cucu Pak Daus dah." Pak Daus membalas senyuman Aisy. Sengaja dia mengusap lembut rambut Harizz.

"Ni Aisy, petang tadi tuan rumah sewa ni ada datang. Dia tanya bila kamu nak selesaikan bayaran untuk dua bulan lepas dan bulan ni. Kamu macam mana? Ada masalah ke?" Pak Daus menyoal perlahan. Jelas wajahnya yang tampak sedikit risau.

"Lah yeke? Hmm macam mana ya. Gaji bulan ni sepenuhnya saya buat belanja keperluan adik-adik. Jumlah gaji saya tak seberapa pun, Pak Daus." Aisy menjungkitkan sedikit keningnya. Hatinya kian risau apabila mendengar pernyataan tentang bayaran rumah sewa dari Pak Daus tadi.

"Kamu cuba fikirkan betul-betul ya Aisy cemana nak selesaikan bayaran tu. Pak Daus takut kalau dia halau kamu adik beradik."

"Sebab sebelumni pun jiran yang lain, dia halau macam gitu je--" Sambung Pak Daus lagi.

"Astagfirullah macam tu ke... Hm saya mintak maaf ya. Aisy libatkan Pak Daus pula dalam hal ni. Aisy menepuk lembut dahinya.

"Takpa, memang itu janji Pak Daus dengan arwah ayah kamu. Pergi masuk berehat, dah lewat malam.

"Assalamualaikum--" Pak Daus kembali mengatur langkah menjauhi perkarangan rumah Aisy. Sempat beberapa kali dia melambai tangannya ke arah Harizz.

"Waalaikumsalam Pak Daus."

"Harizz, jum masuk. Kakak dah mengantuk." Aisy sengaja memberi alasan mengantuk kepada adik lelakinya itu. Sebab kalau tak beri alasan macam tu, mahu budak tu ajak dia bergusti malam malam buta ni, tak larat!

"Alaa kata nak main atomen kan. Kakak ni!" Harizz menecebik. Dia turut melangkah masuk ke dalam rumah apabila disuruh oleh Aisy.

"Esok la. Kakak janji okey." Aisy menutup pintu utama rumah dengan rapat agar lebih selamat.

Jam di dinding bilik menunjukkan sudah pukul 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam di dinding bilik menunjukkan sudah pukul 5.40 pagi. Sempat beberapa minit untuk bersiap sebelum hendak mendirikan solat subuh.

Aisy perlahan lahan bangun dari baringannya. Pandangannya beralih ke arah Sumayyah dan Harizz yang sedang lena dibuai mimpi. Cukuplah dia dapat melihat adik-adiknya ada di depan mata pun sudah menyenangkan hati.

Lantas Aisy bangun lalu menjauhi katil. Bilik mandi dituju. Sempat dia mengambil sehelai tuala yang tersangkut rapi di tepi almari.

Usai 15 minit membersihkan diri. Aisy keluar dari bilik mandi tersebut sambil tangannya ralit mengesat rambut keperangannya dengan tuala. Sepasang terlekung bewarna kelabu dicapai. Selesai saja mengeringkan rambut, terus dia menyarungkan terlekung. Solat subuh di-dirikan.

Selepas beberapa minit, Aisy selesai dari solat subuhnya. Dia menadah tangan kecilnya, berdoa. Mata sengaja dipejamkan rapat.

"Ya Allah permudahkan lah urusan ku. Murahkan lah rezeki ku. Kau beri lah tubuh kesihatan yang sihat buat kedua dua adik-ku. Tempatkan lah ibu dan ayah di dalam kalangan orang-orang yang beriman."

Tidak pernah sekali pun Aisy Melina meninggal doa buat adik adiknya dan juga arwah ayah ibunya.

Usai saja dia berdoa, lantas di bangun lalu melipat sejadah dan terlekung yang diguna tadi.

Aisy kembali mendekati katil. Dia melabuhkan pungunggnya di tepi birai katil. Wajah Harizz dan Sumayyah direnung penuh kasih sayang.

"Kalau katakan kita kena halau nanti, kakak akan tetap jaga dan lindungi adik-adik kakak." Aisy meluah perasaannya yang kusut memikiran masalah kewangan.

"Kak Aisy sayang Rizz dan Sumayyah tau--" Sengaja Aisy mengusap lembut rambut adik perempuannya yang sedang lena itu.

Tanpa sedar, luahan hatinya itu membuatkan pipi mulusnya dibasahi air mata. Cepat-cepat dia lap air mata yang berjurai. Senyuman nipis diukir menutupi rasa yang resah.

Bagaimana Aisy Melina mampu untuk membayar jumlah sewa rumah yang tertunggak selama 3 bulan itu? Gaji dia bekerja sebagai pelayan pelanggan di kedai makan itupun hanya berjumlahkan RM 40 sehari.

Gaji bekerja di Coffee House pula disekat oleh majikannya. Oleh kerana Aisy selalu lewat datang ke kerja dan kerap mengambil cuti, dia terpaksa hadapi semua itu.

Masa lapangnya sangat padat, lengkap hanya untuk menjaga adik-adiknya di rumah. Aisy tidak akan bekerja pada hari sabtu dan ahad. Dia taknak menyusahkan Pak Daus dengan menjaga makan Harizz. Jadi dia sanggup bersusah payah, dan selalu berjimat untuk tidak boros menghabiskan wang perbelanjaan.

Kehidupan dia hampir seratus peratus berubah sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Dialah pengganti sebagai seorang ibu, dan dialah juga ayah kepada Harizz dan Sumayyah.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now