°∘∘3∘∘°

68.5K 4.7K 220
                                    

"Rizz tolong pakaikan Sumayyah kasut. Kakak nak kunci pintu kejap." Aisy merapatkan pintu pagar pekarangan rumahnya.

Pada pukul 8:30 malam itu, Aisy bercadang untuk keluar mencari sedikit barang basahan. Setiap kali keluar, dia pasti akan bawa Harizz dan Sumayyah.

"Dah kakak." Lantas Harizz menggenggam erat lengan kecil adik perempuannya, Sumayyah.

"Hmm nak Harizz promise sesuatu untuk kakak boleh?--" Aisy memalingkan tubuhnya menghadap adik-adiknya. Dia duduk, secara bercangkung dihadapan Harizz sambil dia sengaja memegang bahu adik lelakinya itu.

"Apa dia kak?" Harizz menjungkitkan keningnya. Terkebil kebil wajahnya.

"Jangan minta mainan dengan gula-gula kejap lagi okey?"

"Okey, Harizz janji"Laju Harizz mengangguk, tanda setuju.

"Goodboy, okey jum dah lambat ni."

Aisy bangun dari duduknya. Kedua dua tangan adiknya ditarik lembut. Mereka mengatur langkah hendak ke destinasi yang dituju.

 Mereka mengatur langkah hendak ke destinasi yang dituju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bihun, sayur sikit"

"Hm cukuplah ni.."

Aisy mendekatkan jarak dia dengan adik-adiknya, di tepi kaunter bayaran. Takut pula tersalah pandang karang, hilang dua-dua budakni.

"Dua puluh tujuh ringgit"

"Oh kejap,"

Aisy ralit membelek totebag lusuhnya. Setelah selesai menyediakan jumlah yang hendak dia bayar, lantas dihulurkan wang kertas itu pada pekerja yang berada di kaunter.

"Kakak! Adik nak lolipop--" Sedikit tinggi nada suara Harizz pada waktu itu. Sambil sengaja dia lambaikan tangannya yang memegang sebatang lolipop.

"Sumayyah nak? Erm takpa, meh kakak bayar." Dengan wajah yang sedikit kelat Aisy ambil huluran lolipop dari Harizz tadi. Gadis itu kembali meletakkan lolipop tersebut di atas kaunter bayaran. Nasiblah tak mahal!

Usai beberapa minit setelah membuat bayaran di kaunter. Mereka bertiga pun beredar dari situ.

Semasa Aisy dan adik-adiknya lalu di jalan yang dikelilingi dengan beberapa buah kedai. Langkah Harizz terhenti di sebuah kedai kek.

"Rizz? Kenapani hmm?" Beberapa saat membuatkan Aisy tersedar yang genggaman tangannya terhadap Harizz terlerai. Dia kembali memalingkan pandangannya ke arah adik lelakinya yang masih tercegat menghadap kedai kek itu.

"Kakak"

"Rizz teringin nak rasa kek coklat. Dulu ibu selalu buat untuk Rizz--" Tampak wajah Harizz sangat sayu pada waktu itu, membuatkan Aisy sedikit terusik.

"Rizz teringin ya sayang? Takpa jum kita beli." Aisy sedikit sebanyak kesian dengan atas permintaan adik lelakinya.

Berat macam mana pun hati, takut jika wang yang ada pada waktu itu tidak mencukupi, dia tidak sanggup melihat adik-adiknya tidak gembira.

Setelah 15 minit mereka bertiga berada di dalam kedai itu, akhirnya keluar jua.

"Terima kasih kakak! Rizz taksabar nak rasa dekat rumah!"

"Nak makan sama-sama dengan Sumayyah!" Sambungnya lagi.

Jelas tampak sangat gembira wajah Harizz. Sumayyah turut lompat, teruja akan riak wajah abangnya pada waktu itu.

Sedang asyik Aisy berjalan, satu beg plastik dipegangannya tadi terjatuh ke atas tanah.

"Rizz Sumayyah, tunggu kakak kejap--" Aisy mengutip barang yang terjatuh, Harizz dan Sumayyah masih leka dengan hal tadi. Mereka berdua tidak endahkan Aisy.

"SUMAYYAH! JANGAN LINTAS---" Harizz terjerit memanggil adiknya.

Kelihatan jelas dimatanya melihat Sumayyah yang berseorangan melintas jalan pada waktu itu. Harizz bertindak mengejar langkah Sumayyah.

"SUBHANALLAH!"

"RIZZ TAKYAH PERGI! BIAR KAKAK YANG KEJAR ADIK!"

Aisy wajahnya beriak sangat cemas pada waktu itu, terkejut dengan jeritan Harizz tadi. Plastik plastik yang berada di tangan dilepaskan seraya kakinya laju melangkah mendekati Harizz dan Sumayyah.

Tetapi kiraannya tidak tepat. Memandangkan jarak Harizz dan Sumayyah agak sedikit jauh, langkah kakinya tidak dapat mengejar mereka berdua.

"HARIZZ! SUMAYYAH!"Terhenti langkah Aisy yang tidak beberapa jauh.

Jelas dimatanya melihat sebuah kereta Mercedes berhenti serta merta, setelah melanggar kedua-dua tubuh kecil adiknya.

Bertapa berdegup kencangnya detik jantung Aisy Melina pada waktu itu, melihat banyak darah mengalir dari tubuh Sumayyah. Harizz dan Sumayyah terlantar baring di hadapan kereta tersebut.

Kembali langkah Aisy laju mendekati kedua-dua adiknya itu. Terduduk gadis itu disamping tubuh Sumayyah dan Harizz. Mata Aisy mula berkaca melihat darah pekat yang mengalir dari tubuh Sumayyah kian membasahi tanah.

Kepala Sumayyah diangkat lalu diletakkan di atas pehanya. Rambut Sumayyah sengaja Aisy usap. Dibiarkan saja darah adik perempuannya itu terkena pada bajunya.

"Ya Allah!--" Pandangan Aisy beralih pula ke arah Harizz.

Mata Harizz tertutup rapat, ada sedikit darah yang mengalir membasahi kepalanya.

"SHITT!"

Tersentak kecil Aisy apabila dia sedar yang ada seorang lelaki berpakaian serba hitam mendekati dia pada waktu itu.

"Reez, komm jetzt her! Notfall--" (Reez, come here now! Emergency--)

Jelas, Aisy mendengar lelaki itu bertutur dalam bahasa asing. Lelaki itu seakan-akan sedang berhubung dengan seseorang.

Tapi Aisy kembali mengawal perasaannya. Setiap inci tubuh Sumayyah dan Harizz di perhati. Dia tidak peduli akan cemas lelaki itu. Air mata mula membasahi pipi mulusnya.

"Bangun,"

"Let me settle this.."

Sistem pendengaran Aisy kembali disapa oleh lelaki tadi dengan nada suaranya yang agak serak basah, garau. Air mata dibiar mengalir tanpa diseka.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now