°∘∘38∘∘°

60.6K 3.3K 236
                                    

"Tolong potongkan buah tembikai untuk Aisy lagi boleh?"

"Dah habis. Mama bawa sikit je semalam." Khalaf bangun dari sofa sambil membawa sebuah beg galas ke arah katil wad Aisy.

"Awak keluarkan baju saya kenapa?" Melihat suaminya yang mengeluarkan sehelai T-shirt, juga sehelai seluar panjang buatkan Aisy mengerutkan dahi.

"Nak mandikan kau." Ringkas Khalaf menjawab. Usai itu, pakaian dalam isterinya turut dikeluarkan.

"Aisy nak mandi sendiri--"

"Tak boleh." Belum sempat lipatan baju yang dikeluarkannya tadi diambil oleh Aisy, terlebih dahulu dia ambil dan pegang.

"Tapi kenapa? Bolehlah Farrel.." Aisy sengaja memaparkan wajah manja. Berharap agar rayuannya diterima.

"Tu. Luka dekat peha tu. Reti cuci? Tangan kau bukannya kuat lagi pun."

"Kita dah boleh balik. Kau nak discharge lambat ke cepat, Aisy?" Tegas Khalaf menyoal.

"Ta-tapii, nanti kalau awak yang mandikan---" Masih dia bantah bantuan suaminya. Wajah bertukar tidak berpuas hati.

"Kalau kau tak suruh tengok pun aku tengok. Luar ke, dalam ke--" Bebelan Khalaf terhenti selepas mulutnya ditampar lembut oleh Aisy.

"Farrel! Cuba miang tu jangan bawa ke pagi. Dari malam tadi lagi." Tajam jelingan Aisy memandang suaminya. Selagi tak stop kan dia membebel, sampai dalam bilik mandi lah diulangnya.

Beberapa saat ruang dalam wad peribadi itu senyap selepas Aisy memarahi Khalaf. Tersentak Aisy apabila Khalaf bertindak mengunci pergerakannya dengan meletakkan kedua-dua tangan diantara kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, Khalaf mendekatkan wajah rapat ke isterinya. Lama anak mata mereka bertembung.

"Farrel.. Ke-kenapa ni??" Aisy hampir kalah dengan renungan yang diberikan oleh suaminya. Dia juga tidak selesa apabila lelaki itu memaparkan riak wajah yang beku. Dia mahu Khalaf yang tidak serius seperti tadi.

"Aku ni siapa, Aisy?" Apabila Aisy menolak dada Khalaf perlahan meminta agar dilepaskan, pantas lelaki itu kembali merapatkan jarak.

"Do I have to repeat the same question?" Wajah isterinya yang sudah tertunduk itu kembali dinaikkan bersama jarinya.

"Aa-awak.." Air liur ditelan, tidak dapat dia bertentang mata. Ketegasan kelakuan suaminya itu buatkan dia gugup hendak menjawab.

"Hm? Siapa depan mata kau sekarang ni?" Masih beku wajah Khalaf menyoal.

"Suami sa-saya.." Ruang pernafasan Aisy dipenuhi dengan bauan mahal yang terhasil dari Khalaf. Mana tidaknya, jarak diantara mereka hanya beberapa inci.

"I'm yours?"

Aisy mengangguk perlahan.

"That means you're mine. Always mine."

"Apa saja milik kau, hak kepunyaan aku. Don't you dare refuse my request to bathe you." Khalaf bertutur tenang. Renungannya masih tepat memandang wajah Aisy.

Aisy menghembus nafas lega apabila suaminya telah membebaskan pergerakannya. Jarak antara mereka kembali kepada asal. Detik jantungnya berdegup laju mendengar pernyataan Khalaf tadi. Boleh tahan tegas juga ekk?

"Jum." Khalaf menghulurkan tangan kanannya buat Aisy. Menyuruh agar gadis itu turun dari katil wad.

"Ke-kejap. Mengilu.." Pergerakan Aisy sedikit sulit kerana luka pada pehanya masih basah.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now