°∘∘41∘∘°

61.7K 3.2K 212
                                    

Malam sudah larut sehingga 3 pagi. Bulan masih kelihatan terang cahayanya diruang balkoni itu. Khalaf meraup rambut hitam pekatnya keberlakang. Nafas dihembus perlahan, tenang. Apabila sudah terbiasa berjaga malam, dia sedikit pun rasa tidak penat mahupun hendak terlelap.

"JA-JANGAN!!"

"Sayang—" Sekelip mata lamunannya terhenti apabila mendengar suara cemas Aisy menjerit. Laju Khalaf melangkah masuk kedalam tanpa menutup kembali pintu kaca balkoni.

Khalaf menapak ke arah katil dimana Aisy tidur. Jelas dimata Khalaf melihat gadis itu masih berbaring kemas namun badannya mengeliat kegelisahan. Ada apa yang tak kena?

"Jangan tembak Farrel!" Aisy masih menjerit walaupun matanya masih tertutup rapat.

Khalaf naik ke atas katil sebelum dia merapatkan kedudukannya ditepi baringan Aisy. Dia pasti yang isterinya sedang mengigau.

"Aku dekat sini, sayang—" Ubun-ubun rambut Aisy diusap lembut sebelum pinggangnya ditarik.

Khalaf merapatkan tubuh kecil Aisy ke bahagian dadanya yang tidak berlapikkan apa-apa itu.

Dalam keadaan separuh sedar, Aisy membuka kelopak mata sebelum dia merangkul leher suaminya. Tersentak Khalaf apabila dia merasakan ada cairan air mata Aisy yang mengalir disebalik lehernya. Menangis pulak diani, mengigau pasal apa?

"Jangan nangis, aku ada. Please boo, I hate seeing you cry like this." Aisy enggan meleraikan rangkulan lengannya pada leher Khalaf. Lelaki itu hanya mampu mengusap berlakang badan isterinya.

Apabila keadaan posisi itu berterusan sehingga 10 minit, Khalaf pasti yang Aisy sudah kembali lena. Lama kelamaan esakan tangisan Aisy semakin berkurang. Dia tidak mahu mengganggu isterinya tidur. Biarlah terpaksa bertahan selama berjam - jam sekalipun berbaring dalam posisi begitu.

 Biarlah terpaksa bertahan selama berjam - jam sekalipun berbaring dalam posisi begitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila alarm bilik tidurnya berbunyi, Khalaf mula membuka kelopak matanya. Alarm itu menandakan ada seseorang yang ingin berjumpa dengannya didalam bilik peribadi.

Dengan perlahan Khalaf cuba meleraikan rangkulan lengan Aisy pada lehernya. Baringan Aisy diubah kembali kepada asal. Sakit juga tengkuk ni menahan.

Selimut tebal dinaikkan sehingga menutupi paras bahu Aisy. Usai memastikan isterinya berada dalam keadaan selesa, terus dia bangun berlalu dari katil. T-shirt nipis sempat dipakai sebelum keluar dari bilik.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Apa dia kau pagi-pagi datang?" Khalaf kembali merapatkan pintu apabila selesai melangkah masuk kedalam bilik peribadinya. Nak tahu siapa mamat yang berani kacau waktu tidur si Khalaf? Siapa lagi kalau bukan Evren.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now