°∘∘55∘∘°

50.8K 3.1K 457
                                    

Song title: Hero -Cash Cash
━─━─━──༺༻──━─━─━

Khalaf menghidupkan enjin motorsport miliknya. Tidak betah dia hendak menunggu mamanya menjelaskan apa-apa lagi. Dia tidak tahu sama ada apa yang dia perlu buat. Terima, atau tak terima kenyataan? Biarlah jawapan itu dipendam.

Tanpa memakai helmet dia terus menunggang motor berkuasa tinggi itu keluar dari perkarangan rumah Tengku Rossa. Sempat Khalaf mendengar suara Evren memanggil.

"Kau pergi mana pulak tu?!"

"Haih—" Evren meraup wajah. Tidak senang dia melihat Khalaf seperti itu. Sudah tentu dia tidak akan pulang ke rumah. Entah kemana lah agaknya.

IPhone dikeluarkan dari poket. Evren masih cuba mendail nombor Khalaf namun tiada respon. Berkerut dahi lelaki itu memikirkan kemana arah tuju sahabatnya.

"Apa-apa jadi dekat Aisy karang tahu pula gelabah." Evren membuka pintu kereta land rover miliknya. Rumah agam Khalaf dituju bagi melihat keadaan disana. Tanpa arahan Khalaf, dia sudah tahu yang dia perlu mengawasi Aisy dan Airis.

Kelihatan jelas di anak mata Tengku Rossa melihat kereta Evren sudahpun meluncur menjauhi rumahnya. Air mata diseka pada hujung tudungnya. Sangat bercelaru fikiran wanita itu, rungsing mengenangkan perasaan Khalaf.

 Sangat bercelaru fikiran wanita itu, rungsing mengenangkan perasaan Khalaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisy menuruni anak tangga dengan pantas. Tidak sabar mahu menanti kepulangan Khalaf. Tudung yang tersarung dikepala dibetulkan sedikit. Dengan perlahan dia membuka pintu utama rumah agam tersebut.

Bibir Aisy mengukir senyuman manis, bersedia hendak menyambut suaminya.

"Abang!"

"Happy birthday!"

Si gerangan yang berada diluar pintu itu sedikit tersentak kerana kedatangannya disambut oleh seorang wanita yang sangat cantik.

Pada awalnya, Aisy sedikit hairan kerana wajah lelaki itu tampak beku tanpa senyuman. Namun dia yakin itu Khalaf, suaminya.

Tanpa ragu, tubuh Khaleef dipeluk Aisy. Badan yang tegap sama seperti suaminya itu dipeluk seerat-eratnya.

Kedua-dua tangan Khaleef masih berada kemas dalam poket hoodie tanpa membalas pelukan Aisy.

"Thanks for that wish.."

"Who are you der Liebling?" (dear sweetheart)

Kedengaran jelas di telinga Aisy mendengar suara itu sama seperti suaminya. Namun soalan yang ditanya itu buatkan bibir Aisy mula memudar dari senyuman. Dia meleraikan pelukan serentak menjauhkan sedikit jarak.

"Sa-saya? Abang kenapa ni? Aisy isteri awak lah Farrel—" Wajah beku tanpa perasaan itu direnung lama.

"dein Ehemann? (your husband?) Khaleef menurunkan kepala hoodie.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now