°∘∘33∘∘°

60.3K 3.2K 306
                                    

"Farrel ni selalu macamni! Bangun pagi je dah hilang--" Jus epal dituang kedalam sebuah gelas kaca. Usai itu Aisy mengatur langkah hendak beredar dari ruangan dapur. Mengomel seorang diri, menahan marah apabila bangun dari tidur Khalaf tiada.

"YA ALLAH!!" Namun dalam beberapa langkah sahaja, Aisy terlanggar bucu meja makan dan mengakibatkan gelas yang dipegangnya tadi turut jatuh ke atas lantai.

"Cik Aisy--"

"Kejap."

Jeritan halus Aisy didengari oleh Fareez. Segera dia menapak ke arah dimana gadis itu terlentang. Jelas dimata melihat banyak kaca bertaburan di atas lantai.

"Aww---" Keluh Aisy apabila jarinya terasa pedih yang menyengat.

"Saya tolong." Baru saja Fareez hendak membantu Aisy agar segera bangun, tangannya terlebih dahulu ditepis.

"Taknak! Saya taknak bangun!"

Berkerut dahi Fareez apabila gadis itu membantah dengan kasar.

"Jari Cik Aisy berdarah nii, luka. Nanti Tuan Muda marah saya--" Masih dia cuba berlembut, berharap agar Aisy menerima bantuannya.

"Biar je saya macamni. Tuan Muda awak tulah! Suka tinggalkan tiba-tiba." Aisy masih berkeras. Dibiarkan saja jarinya yang semakin terasa berdenyut itu.

"Tuan Muda Khalaf ada urgent call pagi ni. Yang saya boleh bagitahu, Tuan Muda sekarang ada dengan Tuan Evren dan Qayyum." Kedua-dua bahu Aisy dipegang, masih bertahan hendak menyuruh dia agar bangun. Ini kalau ada Khalaf, tak ke susah kena soal jawab? Sabar jelah Fareez. Nafas dihembus berat.

"Lepas! Saya cakap saya taknak! Biarlah luka besar ke kecil sekalipun."

"Saya takkan bergerak." Bidas Aisy lagi.

Dengan perlahan, Aisy mengengsot ketepi. Tubuhnya disandarkan ke kabinet dapur. Kaca yang bertaburan itu dipandang sekilas sebelum wajah Fareez dijeling.

"Aisy Melina." Suara gemersik Khalaf menghentikan amukan gadis itu. Fareez terdiam, begitu juga dengan Aisy.

Setibanya langkah Khalaf terhenti dihadapan mereka berdua, kelihatan wajah Aisy tertunduk seketika. Takut pula rasa sebab mengamuk dari dibantu oleh Fareez tadi.

"Go, leave this to me." Tegas Khalaf menyuruh Fareez agar beredar dari situ.

Apabila bayang lelaki berkacukan cina itu hilang dari pandangan, Khalaf kembali merenung wajah isterinya.

Entah apa yang membuatkan mata Aisy mula berkaca. Dia takut Khalaf akan marah disebabkan hal tadi. Padahal lelaki itu tidak pernah berkasar dengannya.

"Tutup mulut. Aku dah ada depan kau." Melihat wajah sayu Aisy, Khalaf tahu yang isterinya sekarang dihurung dengan rasa bersalah.

"Ss..Farrel--"

Sisa kaca yang bertaburan dibiarkan begitu saja. Diam tanpa jawapan, lelaki itu terus mengangkat tubuh kecil isterinya. Kakinya terus melangkah keluar dari ruangan tersebut.

• ────── ✾ ────── •

Usai ubat disapu, ibu jari Aisy yang luka itu ditampal dengan hansaplast. Dengan penuh lembut dan teliti Khalaf mengubati luka gadis itu.

Wajah beku Khalaf direnung lama. Niat untuk bertanya mengapa Khalaf keluar tanpa beritahunya dahulu telah terbantut.

Baringan Aisy dibetulkan agar lebih selesa. Coat long sleeve hitam yang dipakai telahpun dicabut lalu dicampak ke atas sofa.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now