°∘∘10∘∘°

77.6K 4.8K 585
                                    

2 hari sudah berlalu. Langsung sekalipun kelibat Khalaf tidak muncul-muncul.

Hanya beberapa orang lelaki yang berpakaian hitam fokus beroperasi mengelilingi perkarangan rumah agam Khalaf membuatkan Aisy masih tertanya-tanya.

Sedang ralit Aisy mencari dimana kelibat Harizz, kakinya laju melangkah keluar dari pintu rumah tersebut. Di dalam bilik tiada, di ruang tamu juga tiada. Mana tahu adik lelakinya itu ada di luar rumah.

Selesai menutup pintu utama, sistem penglihatannya dihiasi dengan seorang lelaki yang wajahnya segak lagi matang, sedang ralit menilik komputer riba di suatu sudut meja khas tepi kolam renang. Tidak pernah sebelum ini dia melihat lelaki itu. Aisy hanya kenal Fareez sahaja.

Sengaja Aisy melangkah mendekati lelaki tersebut. Niatnya cuma ingin tumpang tanya kut-kut dia nampak Harizz ke?

"Urm-aa.." Terkial-kial Aisy menyapa. Pada ketika itu dia berdiri di tepi lelaki tersebut.

"Cik Aisy?"

"Ada apa keluar ni? Cari siapa?"

"Sa-saya cari Harizz. Ada nampak dia tak?"

Melihat lelaki itu tertawa kecil, Aisy menggaru dahinya yang tidak terasa gatal.

"Oh Harizz pergi ikut Fareez keluar. Tadi dia pesan dengan saya jangan bagitahu kakak dia. Nanti Cik Aisy marah--"

Aisy hanya diam membisu. Hati dia lega mendengar tentang adiknya. Tapi ada ke budak kecik tu pergi melulu macamtu je ikut orang. Haih!

"Terima kasih.."

"Nama awak siapa?" Aisy menyoal.

"Qayyum. Cik Aisy panggil Qay je--"

"Tapi saya ada dua nama. Yang lagi satu tu, Darwish. Kalau untuk Cik Aisy mana-mana pun boleh--"

"Oi Qay!" Jeritan dari Fareez menghentikan segala bebelan Qayyum. Ada saja sahabatnya itu, kalau Tuan Muda Khalaf ada, mahu kepala berlubang! Dengus hatinya.

Fareez mendekati mereka berdua sambil tangan kanannya memegang erat lengan Harizz.

"Harizz—"

"Eish, kenapa tak bagitahu kakak nak keluar? Penat kakak cari tadi.."

Fareez tersenyum nipis melihat Aisy berlari anak mendapatkan adik lelakinya.

"Ni siapa belanja aiskrim?" Hairan Aisy melihat di tangan kiri Harizz, ada se-plastik yang berisikan beberapa batang aiskrim yang dipegangnya.

"Abang Qay cakap, mintak apa-apa pun boleh. Sebab abang badan dia yang besar tu, dah bagi duit banyak-banyak dekat--"

"Dekat siapa little boy?"

Mereka yang sedang rancak berborak di situ terkejut dengan Khalaf yang entah dari mana muncul mendekati ruangan tersebut. Qayyum yang sedang duduk tadi lantas bangun berdiri di tepi Fareez.

"Dekat abang Qay!--" Harizz meleraikan genggaman tangannya dari Aisy lantas mendekati Khalaf. Budak lelaki itu bertindak memeluk kaki tegap Khalaf.

Khalaf hanya menggelengkan kepala, sambil anak matanya merenung tajam ke arah Qayyum. Fareez yang sedang melihat adegan itu hanya mampu tertawa, menggelakkan sahabatnya.

"Jum masuk. Dah petang ni."

"Kakak jum masuk sekali!"

"Eh takpalah. Kakak nak duduk-duduk kejap dekat tepi kolam." Aisy menunjuk dimana kolam renang yang dimaksudnya tadi.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now