°∘∘25∘∘°

69K 3.6K 250
                                    

"Happy birthday Harizz sayang. Kak Dell yang cantik lagi menawan ni sentiasa sayangkan Harizz!" Pipi gebu Harizz dicubit lembut oleh Fredella. Pada malam itu mereka menghabiskan masa sepenuhnya bersama-sama. Meraikan majlis kecilan, sempena hari kelahiran adik lelaki Aisy.

"Terima kasih kakak--" Senyum lebar terukir dibibir Harizz. Lantas dia menyambut pelukan Fredella.

"Rizz rindu adik..."

"Kak Aisy belikan kek untuk Rizz dan adik, tapi tak sempat rasa pun masa tu--"

Berkaca mata budak lelaki itu secara tiba-tiba. Pelukan Fredella terasa sangat hangat, menyebabkan dia berasa tenang.

"It's okay sayang. Adik Rizz sentiasa tunggu abang dia ni dekat taman syurga." Bahagian berlakang tubuh Harizz diusap perlahan oleh gadis itu.

"Nanti Kak Dell bawak Harizz jalan-jalan okey!"

Tersentak Fredella apabila pelukan tadi telahpun dileraikan oleh Harizz. Teruja agaknya bila mendengar pernyataan itu.

"Nak!!"

"Goodboy--"

"Little boy." Harizz mengalihkan pandangan ke arah Khalaf, yang baru saja menuruni anak tangga dan menuju ke arahnya.

"Naik atas, kakak tunggu nak bukak hadiah sama-sama dengan kau." Khalaf melabuhkan punggung ke atas sofa berhadapan dengan kedudukan adik perempuannya pula.

"Ada hadiah?! Bestnya. Bye Kak Dell--" Laju Harizz mengatur langkah menuju ke anak tangga, pantang apabila disebut tentang hadiah. Sempat dia mengucup pipi Fredella sebelum dia beredar dari situ.

"Careful Harizz." Tegas nada suara Khalaf memesan. Pandangannya kembali dia alih ke arah Fredella dihadapan.

"Anything?" Fredella memecahkan suasana yang sepi selama beberapa minit tadi.

"Did you clear about it?"

"Lepasni kalau nak berkawan, don't believe too much in men. Aku rasa kau tahu ini tentang siapa Della."

Terdiam seketika Fredella. Ya, ada juga silap diri sendiri akibat berlakunya kejadian yang hampir meragut nyawa kakak iparnya kelmarin. Dia menyesal. Sungguh Fredella menyesal yang dia pernah kenal dengan Irfan sebelum ini.

Apakah daya dia hendak memutar masa, pasti dia takkan menyusahkan semua orang.

"Della mi-mintak maaf. Della hormat keputusan abang, memang patut Irfan mati." Kisah silamnya masih tersemat di dalam fikiran. Namun dendamnya sudah terbalas apabila melihat lelaki itu berada didalam genggaman tangan Khalaf. Dibunuh depan mata.

"Okey."

"Tak balik Italy dah kan? Replace mama as chief executive officer in her company."

Khalaf memaparkan riak wajah yang kosong. Wajah adiknya yang terlopong direnung penuh hairan.

"Damn, I don't want to--" Laju Fredella membantah apabila Khalaf menyuruh dia mengambil alih tempat tertinggi Tengku Rossa.

"Mama dah berusia, Della. Nak ke dia kena khianat macam mana papa mati dulu?--" Khalaf memincingkan mata.

"Janganlah takutkan Della. Let me think first. Nanti kemudian Della bagitahu." Nafas berat dihembus oleh gadis itu. Ada je abangnya sorang itu hendak beri alasan yang nak mengikat kakinya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now