°∘∘42∘∘°

56.7K 3.1K 319
                                    

Aisy mengeliat beberapa saat sebelum dia bangun menyandarkan tubuh pada kepala katil. Seperti biasa setiap hari ahad, Aida dicutikan bagi memberi ruang untuk waktu privasi Aisy bersama Khalaf.

Tapi mana suaminya itu pergi? Ruang tidur disebelah sudah tiada lagi kelihatan susuk Khalaf berbaring.

Selimut tebal pantas diselak ketepi bagi memudahkan pergerakannya. Aisy mula cecahkan kaki kelantai sebelum dia berdiri.

Apabila Aisy menuruni anak tangga yang berdekatan dengan dapur, dia terhidu bau makanan yang sangat menarik perhatiannya. Laju saja kaki gadis itu melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.

"Farrel—" Kuat nada suara Aisy menyapa.

"Ya Allah, sayang—"

"Stop there." Serta merta tubuh Khalaf berpaling keberlakang menghadap Aisy.

"Aa-aku.. aku tengah masakkan kau laksam." Segera Khalaf meninggalkan kerjanya. Dia menapak ke arah Aisy yang kelihatan bersinar matanya pada waktu itu.

"Lepastu ummi aku cakap, kena letak lada hitam sikit lepas garam Tuan Mu...." Qayyum yang turut ada di ruangan itu terpaku sebaik sahaja dia melihat Tuan Mudanya sekarang ada bersama Aisy.

"Tenung apa kau Qay? Tunggu kau." Khalaf terus menolak lembut badan Aisy agar berpaling membelakangi Qayyum. Lelaki itu selamba sahaja menarik pinggang isterinya, dibawa menjauhi dapur.

'Ah sudah. Aku pula kena, Cik Aisy yang masuk dapur melulu je macamtu..' Qayyum mengomel seorang diri sambil tangannya ralit membaca sesuatu di skrin telefon.

Aisy seperti terkunci sebentar mulutnya beberapa saat. Dia sedia maklum yang Khalaf tidak tahu bagaimana cara untuk buat laksam, tetapi apakah tujuan anak buahnya si Qayyum berada di dapur tadi? Malah, lelaki itu tampak seperti bersungguh-sungguh membantu suaminya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Farrel, Aisy tak fahamlah—" Anak mata Aisy mengikut saja kemana Khalaf bergerak. Selepas saja suaminya itu dan Qayyum selesai berkerjasama membuat laksam, dia terus dibawa kembali ke dapur.

"Apa yang kau tak faham?" Balas Khalaf sebelum dia duduk dikerusi meja makan bersebelahan dengan si isteri.

"Kenapa pulak awak minta tolong Qayyum masak? Dia reti ke buat laksam?" Sekarang, apa yang lebih menarik perhatiannya adalah hidangan laksam buatan suaminya yang berada di depan mata.

"Dia tak masak, aku yang masak. Qay tu asal Kelantan. Aku cuma minta dia bodek ummi dia bagi resepi laksam yang kau nak ni lah—"

Apabila Aisy menghamburkan ketawa besar, automatik dahi Khalaf berkerut. Pelik ke dia harini? Apa tak pakai seluar ke?

"Jangan suka sangat."

"Aku lapar juga ni, ingat nak makan laksam sekali. Tapi kang tak pasal-pasal aku termakan kau."

"Nak?" Khalaf menarik kerusi yang diduduk Aisy merapat dengannya.

"Awak yang mengandung ke Aisy ni? Lagi kuat membebel—" Aisy menghabiskan sisa tawanya yang hampir tidak tertahan itu.

"Takda laa..aku stress dengan si Bubu tu. Kerja nak cakar aku je"

"Tengok ni sayang—" Khalaf mengulurkan tangan kirinya.

Entah apa yang buatkan Khalaf bermanja seperti ini sekali. Sedangkan sebelumni kena tembak berkali-kali takda pula mengadu sakit kat bini ye tak? Ini kena cakar kucing je pun.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now