°∘∘29∘∘°

63.6K 3.3K 127
                                    

"Kak Aida, dah rebus ikan yang aku suruh tu?" Khalaf menyapa Aida. Kaki melangkah ke arah peti sejuk.

"Dah Tuan Muda Khalaf. Malam tadi si Bubu tu, Kak Aida dah bagi makan whiskas." Aida mengelap pinggan yang masih basah bersama tuala kecil.

"Dia lapar lagi tu. Takpalah, biar aku bagi dia makan. Mana ikan tu?" Selesai air jus epal diteguk, terus lelaki itu menerpa ke arah Aida.

Terhenti Aida dari kerjanya tadi. Dia keluarkan satu bekas, yang terletak didalam kabinet dapur mewah itu. Kemudian dibawa ke arah Tuan Mudanya.

"Thanks." Khalaf berterima kasih. Selama dia sibuk tiada di rumah, anak buah seorangnya itulah yang menjaga makan buat kucing peliharaannya.

Makanan yang disediakan pula, tidak kurangnya mengambil masa untuk disediakan. Padahal hanya untuk seekor kucing. Ikan mentah yang dibeli, perlu direbus sehingga masak dalamnya. Tidak kira sama ada bahan mentah yang lain, ayam atau daging.

"Tuan Muda--" Baru sahaja beberapa langkah Khalaf hendak menjauhi ruangan dapur, terhenti seketika apabila Aida memanggil. Segera dia berlari anak ke arah Khalaf

"Kak Aida nak minta izin. Boleh ke harini Kak Aida kerja separuh hari? Ada hal urgent." Teragak-agak sebenarnya Aida hendak meminta izin. Takut jika permintaannya dibantah oleh Khalaf.

"Why?" Terangkat kening lelaki itu menyoal. Bukan senang dia hendak bagi cuti buat senang-lenang semata-mata. Perlu ada sebab mengapa hendak cuti.

"Sepupu Kak Aida meninggal dunia dalam pukul 7 pagi tadi. Tuan Muda Khalaf bagi balik lepas zohor pun Kak Aida tak kisah."

"Balik jelah sekarang." Khalaf memandang sekilas ke arah jam pada dinding dapur. 10 pagi. Kasihan pula dia mendengar khabar berita tersebut.

"Tapi Kak Aida tak buat breakfast Tuan Muda dengan Cik Aisy lagi--"

"Kejap ya, Kak Aida buatkan.." Aida memalingkan tubuh seraya melangkah kembali ke arah kabinet dapur.

"Aku cakap pergi Kak Aida. Pandai-pandai lah aku buatkan untuk Aisy nanti." Nada tegas Khalaf menghentikan langkah anak buahnya. Nafas dihembus kasar.

"Ba-baik. Maafkan Kak Aida." Gugup Aida membalas. Senyuman kelat diukir.

Tanpa berikan respon, terus Khalaf kembali berjalan menuju ke tempat yang hendak dituju. Sangkar kucing miliknya, yang menempatkan 'Bubu'.

Sedang asyik Khalaf luangkan sedikit masa dengan melayan kecomelan kucing parsinya, secara tiba-tiba iPhone berdering.

"Yes Ev?" Khalaf mulakan perbualan. Usapan masih diteruskan pada bulu mulus si Bubu.

"Malamni aku nak pergi rumah kau. Short discussion."

"Banyak-banyak tempat memang sini jeke yang sesuai, Evren?" Rambut diraup kasar. Malas betul kalau sahabat baiknya seorang itu datang, ada je karang nak tanya itu ini. Menyibuk.

"Dahtu kau nak dekat mana sengal? Ajak keluar karang, alasan dah ada isteri." Bidas Evren didalam panggilan itu pula.

"Shut up boy. Jangan datang tengah malam. Aku busy."

"Busy tenung muka bini lah tu ya? Oh nanti kalau aku datang, suruh Aida masak sedap-sedap sikit ya untuk makan malam." Omel Evren pula.

"Shit, kau diam boleh tak Ev? Just come and don't waste my time." Malas dia hendak layan Evren. Terus panggilan dimatikan sebelum dengan selamba iPhone dicampak ke ruangan duduk sebelah.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now