°∘∘36∘∘°

56.1K 3.1K 366
                                    

"Kau tak berhenti menangis kan?!" Ricky mendekati dimana arah Aisy terikat.

"Ja-jangan apa-apakan saya.." Bagaimana Aisy tidak nangis? Sudahla pula dikasari oleh lelaki itu. Ditengking, diugut, adakalanya dia diseksa.

"Aisy i..ingat pesan Farrel..." Wajahnya ditundukkan. Bajunya mula dibasahi dengan air mata. Kepala pula terasa berdenyut yang tidak dapat diungkap. Mungkin kerana dia tidak diberikan makanan sejak petang semalam.

"Siapa? Berani kau sebut nama dia depan aku?!" Dengan pantas Ricky mengeluarkan Beretta M9 yang terselit dipinggang. Senjata api tersebut kemudiannya diacukan ke arah Aisy.

PANGG PANG

"FARREL!" Serentak itu tubuh Aisy mula menggeletar kuat akibat ditembak pada bahagian peha. Tangannya tidak mampu meronta lagi. Kudratnya kian lemah tidak bermaya. Dua kali ganda rasa sakitnya apabila kedua-dua tangan terikat.

"Far..Farrel. Sakit...Aisy tak tahan." Aisy mengerang kesakitan. Wajahnya memucat sekelip mata. Air mata berjurai tanpa henti.

Ricky mula merapatkan jaraknya bersama Aisy. Dagu gadis itu didongakkan menggunakan jarinya sahaja.

"Mesti suami kau suka, kau diseksa macamni. Sebab tulah dia tak cari kau--" Ricky mengukir senyuman senget.

"Fa-Farr.." Kelopak mata Aisy yang baru saja hendak tertutup tadi kembali terbuka, apabila dengan secara tiba-tiba Khalaf muncul menapak ke arah mereka.

Khalaf menunjuk isyarat senyap pada isterinya yang semakin lemah itu. Jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Pandangannya kemudian beralih ke arah Ricky yang masih membelakanginya.

"Your smile like you look so much fun shooting my wife, huh--" GLOCK 17 miliknya telahpun diletakkan pada berlakang kepala Ricky. Sesaatpun lelaki itu bergerak, sekelip mata kepalanya berkecai.

"She's mine. If you make me repeat that words I don't speak with my mouth, but with my hands." Khalaf bertutur tenang.

"Ugh." Senyuman Ricky memudar serta merta. Suara serak basah lelaki yang berada di belakangnya sekarang sangat dikenali dan dia pasti itu Khalaf.

Beretta M9 yang dipegang oleh Ricky telahpun ditendang menggunakan kakinya sahaja. Pergerakan Khalaf semakin mudah kerana dia sedang berdiri, manakala Ricky mencangkung di atas lantai.

"Aku puas."

"Aku puas seksa dia." Lagak Ricky menjawab.

"I swear to myself, aku akan bunuh satu keluarga bala kau, Ricky. I will."

"YOU KNOW ME DON'T YOU? AKU AKAN BUAT APA YANG AKU CAKAP!" Rambut Ricky disentak menggunakan tangannya lalu ditarik ke atas. Menyuruh agar berdiri.

Serentak itu, automatik Ricky mula berdiri dan berpusing menghadap Khalaf.

"Belum sempat kau bunuh aku, kau mampus dulu Khalaf---"

"SEKARANG!"

PANG PANG PANG

Sedetik pun tidak bergerak tubuh Khalaf walaupun dia ditembak tiga kali dari berlakang.

"Farrel!" Terjerit kecil Aisy melihat adegan itu. Pandangannya beralih ke arah Ammar. Air mata semakin lebat dikeluarkan.

"Hold on, sayang." Tidak Khalaf hiraukan peluru yang sudah menembus masuk kedalam bahagian pinggang kirinya.

Tanpa disedari oleh Ricky, Khalaf mengeluarkan pisau tajam dari poket seluar.

Folding knife kegemaran miliknya itu terus ditusuk kedalam perut Ricky.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now