°∘∘30∘∘°

70.3K 3.3K 162
                                    

"Farrel pergi mana tadi? Puas saya cari. Kalau rumah awak kecil takpa juga." Bebel Aisy kepada suaminya.

Disebabkan Aisy dari tadi bergerak-gerak semasa duduk di atas riba, membuatkan Khalaf berasa tidak fokus menilik dokumen kerjanya. Tak boleh biar dia sorang dah, biarpun buat kerja dalam bilik peribadi. Penat nak pujuk.

"Aku bagi Bubu makan lah tadi. Kenapa kau risau sangat bila aku takda ni?" Anak mata masih membaca setiap info yang tertulis.

"Bubu tu siapa? Takkan nama pekerja Farrel Bubu kut?" Aisy mengangkat wajah, rahang tajam milik lelaki itu ditatap menuh minat.

"Kucing, sayang.." Pinggang Aisy dipeluk dengan hanya satu tangannya sahaja. Bantu agar kedudukan gadis itu tidak melorot.

"Awak bela kucing?!"

"Aisy nak tengok boleh!"

Dari tubuhnya tersandar di dada bidang Khalaf, sekarang sudah serta merta tegak kembali kehadapan. Teruja apabila mengetahui yang suaminya itu bela kucing. Mesti comel.

"No, not now. Aku ada kerja nak selesaikan ni." Tegas nada suara lelaki itu membantah. Nafas dihembus berat.

Tertunduk seketika wajah Aisy apabila suaminya menggunakan nada suara yang sedikit tinggi. Tetapi sebenarnya dia tahu yang tadi Khalaf sudah pesan, kalau taknak tinggal sorang-sorang jangan degil. Jadi dia tidak berani hendak menjawab. Hanya hujung bajunya dimain.

Jam pada dinding dipandang sekilas oleh Aisy. Sudah lanjut ke petang hari, 6 petang. Perut tidak terasa lapar, jadi dia batalkan niat untuk keluar dari bilik peribadi suaminya. Kalau Kak Aida ada, tak bosan juga.

Tanpa sedar, tubuh kembali sandar pada susuk tegap lelaki itu. Tangannya pula naik merayap ke atas meja kerja yang dipenuhi dengan kertas.

"Aisy, duduk diam-diam. Kalau bosan sangat tidur." Baru sahaja Aisy hendak mengambil sehelai kertas dokumen penting, terlebih dahulu anak mata Khalaf menangkap tangan kecil isterinya.

"Er-err okey.." Keluh berat dilepaskan. Tangan kembali jatuh. Gadis itu mencebik.

Bagi Khalaf, 20 minit yang telah berlalu itu pasti singkat. Tetapi tidak dengan Aisy, bosan mula terasa. Aisy mula fikir apa caranya untuk dia ajak lelaki beku itu keluar dari bilik tersebut. Ligat otak dia memikir.

Berkali-kali Aisy fikir sama ada jawapan yang terlintas didalam otak ini berjaya atau tidak. Patut ke tak buatni? Luahan kecil di hatinya. Dia takut sama ada idea itu buat Khalaf marah apabila diganggu.

Kedua-dua kaki perlahan Aisy naikkan ke atas. Cara duduk diubah secara bersila di atas riba suaminya. Tubuh dipalingkan ketepi. Wajah kembali Aisy dongakkan.

Khalaf yang menyedari gadis itu mengubah posisi duduk hanya diam membisu. Lantak lah apa budakni nak buat, asalkan tak kacau dia.

Aisy memberanikan diri, nafas dihembus. Tangan kanannya naik ke wajah Khalaf. Masih dia perhatikan wajah fokus suaminya itu. Jari-jarinya pula menyentuh lembut dahi Khalaf. Dari dahi, diusap lembut lalu turun sehingga rahang suaminya.

Khalaf mula berasa tidak senang apabila wajahnya disentuh sebegitu. Namun tersentak dia secara tiba-tiba Aisy mengucup bibirnya lembut. Sejak bila dia berani ni? Pantas Khalaf alihkan pandangan ke bawah. Wajah polos isterinya direnung tajam.

"What do you want, Aisy? You want me to kiss you back?--" Akibat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Aisy, terus dia menyoal laju.

Makin hairan dia apabila gadis itu hanya diam sambil memaparkan riak wajah yang tidak bersalah.

Yang Aisy pula, nak tahu apa dia tengah rasa sekarang? Berdebar. Sengaja dia menahan agar tidak tampak gugup. Buat pertama kali dia berani menarik perhatian Khalaf dengan cara itu.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now