°∘∘13∘∘°

78.7K 4.5K 605
                                    

"Bangun Aisy, nanti terlepas subuh." Perlahan-lahan Khalaf mengejutkan isterinya. Ditepuk lembut bahu gadis itu.

"Farrel.." Berkerut dahi Aisy. Sedikit saja kelopak matanya dibuka pada ketika itu.

"Bangun ambil wudhu." Dahi licin Aisy diusap lembut oleh suaminya.

"Pinggang saya sa-sakit.." Berdenyut bahagian bawah perut Aisy. Terasa dihiris dengan pisau yang tajam.

"Period pain?" Khalaf menyentuh bahagian perut Aisy. Jelas tampak risau air muka lelaki itu.

"Pusing sini--" Khalaf menarik lembut bahu isterinya, menyuruh agar mengiring menghadapnya.

Selesai membetulkan baringan Aisy, satu bantal kecil diletakkan pada bahagian perut gadis itu.

"Saya nak turun, ambil air su--"

"Jangan. Tidur je, biar aku ambilkan."

Tanpa henti Khalaf mengusap dahi Aisy, menenangkan isterinya. Kemudian lelaki itu mengucup sekilas hidung Aisy sebelum dia bangun lantas menjauhi katil. Pintu bilik dibuka perlahan seraya kakinya melangkah ke dapur.

Dibawanya perlahan-lahan segelas air yang masih suam itu ke bilik tidur kembali.

Khalaf meletakkan pula satu bantal yang empuk di kepala katil bahagian baringan Aisy.

"Sandar kejap, minum air ni." Lembut nada suara yang digunakan oleh Khalaf.

Aisy hanya menurut kata-kata suaminya. Hanya perempuan saja yang tahu bertapa sakitnya senggugut terjadi pada awal hari kedatangan haid.

Aisy menyambut huluran gelas air yang diberikan oleh suaminya itu. Kemudian dengan perlahan air suam tersebut diteguk. Khalaf merenung lama ke arah isterinya. Dari awal air itu diteguk sehingga habis, diperhatinya.

Selesai Aisy meminum air tersebut, Khalaf meletakkan kembali gelas itu di atas bedside table.

"Harini mama suruh aku bawa kau pergi balik rumah Tok Ma. Larat tak?--"

"Kampung Farrel eh?--" Riak wajah Aisy kembali tampak ceria selepas itu.

Khalaf hanya menangguk, tetapi dia hairan akan isterinya yang tiba-tiba gembira.

"Larat! Nak ikut. Dekat mana tu?"

"Kedah."

"Tapi kau rehat dulu. Kita pergi lambat sikit."

"Okay.." Ringkas jawapan Aisy. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Belum sempat Khalaf hendak bangun menjauhi Aisy, terlebih dahulu gadis itu menarik tangan suaminya. Terangkat wajahnya hendak melihat Khalaf.

"Farrel nak pergi mana?"

"Mandi." Khalaf pandang sekilas tangan kecil Aisy yang menariknya tadi.

"Kenapa tarik? Nak ikut? Tapi tulah kau period--"

"Ish apa Farrel ni.." Aisy melepaskan genggaman tangannya pada Khalaf tadi. Jelingan yang tajam diberikan buat suaminya.

Khalaf tergelak kecil melihat wajah merah padam Aisy pada ketika itu. Menahan malu apabila diusik begitu.

Tanpa membuang masa, kakinya melangkah menjauhi katil. Ruang persalinan dituju. Sehelai tuala diambil sebelum lelaki itu masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai beberapa minit Khalaf membersihkan diri, lantas dia keluar dari bilik mandi. Hanya seluar slack slimfit hitam yang disarung.

Sewaktu Khalaf melangkah menjauhi ruang persalinan, jelas dimata Aisy terpampang melihat tubuh tegap suaminya pada ketika itu tidak berlapikkan sehelaipun baju.

FARREL'S BOO©️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن