°∘∘54∘∘°

52.5K 2.9K 148
                                    

Song title: Strong -One Direction
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Airis.."

"Kenapa babah marah mama?" Aisy mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju. Dia berseorang diruang tamu pada waktu itu.

Air matanya yang tertitis pada tepi wajah Airis pantas di lap. Terkejut Aisy masih belum hilang akibat tengkingan Khalaf terhadapnya. Hanya Airis menjadi tempat untuk dia mengadu.

Aisy berasa tenang mendakap anak perempuannya itu. Berlakang tubuh Airis diusap lembut, ingin menidurkannya. Perlahan wanita itu menyandarkan tubuh keberlakang.

Aisy mendengar bunyi tapak kaki seseorang turun dari tangga. Namun dia hanya fokus merenung wajah Airis.

Ternyata si gerangan yang turun tangga itu adalah Khalaf. Lelaki itu menghentikan langkah membelakangi kedudukan isterinya. Khalaf tidak tahu bagaimana mahu memulakan pujukan.

Khalaf meneruskan pergerakannya. Dia melangkah kehadapan sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Aisy. Keluhan berat dilepaskan sebelum mendapatkan wajah isterinya disebelah.

Masih sembab wajah Aisy akibat tangisannya yang lebat. Namun air mata wanita itu sedikit demi sedikit mula kering. Aisy sedikit menggigil apabila Khalaf bertindak merenungnya dekat seperti itu.

"Sayang menggigil?" Nampak jelas bibir Aisy bergetar pada ketika itu.

"Boleh abang peluk Aisy?" Soal Khalaf perlahan. Lelaki itu telah bersedia hendak menarik tubuh isterinya.

"Aisy takut—"

"Kalau ab-abang masih belum reda dari marah, Aisy takkan ganggu.." Dia mula menunduk wajah. Hanya si comel Airis yang berada di dakapan itu direnung.

"No words sayang." Khalaf terus mengambil Airis dari wanita itu. Usai dia memegang anak kecil itu seerat-eratnya dengan sebelah tangan, tubuh Aisy pula ditarik kedalam pelukan.

Aisy tidak mengeraskan badan. Dia terus membalas pelukan suaminya. Kedua-dua lengannya melingkari dada sasa Khalaf. Wajah ditekup disebalik leher lelaki itu.

"Jangan mengamuk macam tadi lagi please.." Aisy bertutur perlahan. Ruang pernafasannya dipenuhi dengan bauan suaminya yang menyenangkan.

"I have raised my voice to you, maafkan abang." Berlakang badan Aisy diusap lembut. Dia sendiri tidak mampu berhadapan dengan isterinya sewaktu sedang mengamuk tadi. Rasa bersalah tidak terkata.

"Makanan siapa atas meja ni?" Anak mata Khalaf menghala ke arah sebuah mangkuk yang berisi sup ikan serta sepinggan nasi putih.

"Makanan Aisy. Kak Aida suruh makan sebab tadi Aisy tak sarapan pagi—" Balas Aisy sambil wajahnya masih tertekup disebalik leher Khalaf.

"Dah tu kenapa tak makan, hm?" Masih Khalaf teruskan usapan diberlakang badan isterinya.

"Mama ni degil kan, Airis?" Khalaf memandang sekilas wajah lena bayi anaknya yang berada didalam dakapan.

"Aisy tak lapar." Aisy sedikit terbuai akibat terasa selesa dengan pelukan hangat suaminya.

"No. Perut masuk angin nanti. Abang suapkan." Nada suara tegas lelaki itu buatkan Aisy berhenti dari kantuk yang baru saja hendak menyelubungi dirinya. Dia memaksa diri meleraikan pelukan. Wajah diangkat memandang Khalaf.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now