°∘∘48∘∘°

50K 3.2K 518
                                    

"Lower down your voice, Della." Tengku Rossa meminta agar Fredella perlahankan suara semasa berbicara di dalam panggilan.

"Kamu nak call Farrel tu, bukannya dekat kampung ada line." Tambahnya lagi.

Diperhatinya dari tadi Fredella yang tanpa henti menelefon abangnya. Wanita itu mula menghembus nafas berat. Nak mengadu pasal semalam lah tu agaknya.

"Mmhhh.."

Apabila nada suara Aisy seperti mengeliat terjaga dari tidur, serentak mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah Aisy.

Aisy yang sudah membuka kelopak matanya mengerutkan sedikit dahi melihat ibu dan anak itu memandang ke arahnya.

"Morning Kak Aisy!" Fredella segera meletakkan iPhone kembali ke atas meja solek. Dia bangun dari kerusi lalu terus mendekati katil yang menempatkan Aisy.

"Mama pun ada dalam bilik ni?" Aisy mula menyoal hairan. Rasanya hanya dia dan Fredella sahaja yang tidur sebilik malam tadi.

"Si Della ni ajak mama masuk." Tengku Rossa mengukir senyuman kelat. Wanita itu menyelesakan kedudukannya di birai katil.

"Harizz mana mama? Aisy keluar kejap lah cari dia."

"Eh nanti-nanti—" Melihat Aisy yang sudah bersedia hendak bangun, pantas dia menghentikan pergerakan.

"Paklong bawa Harizz keluar pusing-pusing kampung. Aisy jangan risau ya, dia dah sarapan tadi dengan mama." Tengku Rossa mula bangun sambil menarik kerusi meja solek itu merapat ketepi Aisy. Fredella mula berundur memberi ruang kepada mamanya.

"Kenapa mama?" Lagi hairan Aisy apabila Tengku Rossa bertindak duduk berhadapan serentak memegang lembut lengannya.

"Mama minta maaf ya sayang, pasal malam tadi."

"Mama mintak sangat Aisy tak termakan dengan kata-kata si dia. Mama terima Aisy dan Harizz seadanya dalam keluarga ni. Aisy maafkan mama ya andai mama yang tersilap sebab bawa kamu kesini tanpa Farrel."

Dari awal sampai habis Aisy mendengar kata-kata Tengku Rossa. Wanita itu tampak bersungguh-sungguh menjelaskan padanya. Terasa lengannya digenggam lembut oleh Tengku Rossa.

"Aisy tak marahkan mama atau sesiapa. Aisy sedar dekat mana Aisy berada. Mama dengan Della tetap keluarga dan tempat Aisy kongsi kasih sayang." Aisy terus memeluk tubuh ibu mertuanya itu. Hatinya masih tergores mendengar Puteri membidas. Namun dia masih ada tempat mengadu.

"Aisy rindu Farrel, mama. Bi-bila dia nak balik."

"Dia taknak cari Aisy ke—"

Tersentak Fredella yang mendengar nada suara Aisy mula serak seperti menahan tangis. Pantas dia mengusap perlahan berlakang badan Aisy bagi menenangkannya.

"InsyaAllah. Tak lama dah tu. Aisy sabar kejap je ya." Tengku Rossa turut mengeratkan pelukannya bersama Aisy. Emosi menantunya semakin tidak stabil. Dia hanya perlukan Khalaf memandangkan hanya menunggu masa untuk bersalin.

"Aisy jangan nangis. Nanti baby ikut nangis sekali macam mana?" Beberapa minit selepas itu, Tengku Rossa perlahan-lahan meleraikan pelukan. Ingin melihat wajah menantunya yang lama tertekup tadi. Ya betul, Aisy nangis.

Aisy mengesat air matanya yang berjurai itu. Dia mengukir senyuman nipis bagi melegakan hati Tengku Rossa. Ringan sikit kepala yang berserabut.

"Mama bawa Kak Aisy sarapan dulu lah. Della nak basuh otak abang tu kejap." Fredella terus berlalu keluar dari bilik. Sempat dia mengambil iPhone. Ada benda nak diselesaikan.

FARREL'S BOO©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora