°∘∘51∘∘°

57.5K 2.9K 384
                                    

"Ishh comelnya! Bila Kak Aisy boleh balik ni bang? Sian Harizz exited dah nak jumpa baby Airis." Fredella ralit mengusap pipi gebu bayi perempuan mereka.

"Kak Aisy dah boleh discharge petang karang. Tapi taktahu lah abang Della ni." Aisy mengalihkan pandangan ke arah Khalaf. Mata mereka bertembung memandang sesama sendiri.

"Kalau Puteri ada, aku tak bawa Aisy balik rumah Tok Ma. Terus ke rumah aku je nanti—" Khalaf bangun dari sofa di sudut wad itu. Dia menerpa ke arah Aisy dan Fredella.

Masih belum hilang sakit hatinya apabila sempat terdengar yang Aisy dihina oleh Puteri sewaktu baru pulang ke kampung kelmarin.

"Put takda. Tok Ma kut pergi call Maklong cerita pasal haritu."

"Lepastu Maklong tak bagi dia datang rumah Tok Ma dah kalau ada Kak Aisy." Fredella memulangkan kembali Airis kepada Aisy.

"Baguslah kalau macamtu. Takda menyusahkan aku." Balas Khalaf.

Melihat abang bersama kakak iparnya sedang ralit bermanja dengan Airis, Fredella mengukir senyuman nipis. Bestnya ada suami, dapat anak cute pulatu.

"Tersengih-sengih. Kau jeles kan Della?" Khalaf sedar yang adiknya seorang itu sedang mengelamun.

"Siapa je tak jeles? Tapi takpalah, Della muda lagi, kan Kak Aisy?" Fredella kembali fokus kepada soalan Khalaf. Pasangan suami isteri itu serentak memandangnya.

"Kita lebih kurang aje Della, beza setahun. Abang je yang tua dekat sini." Aisy tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya. Dia mengangkat wajah memandang Khalaf.

"Aku takdalah tua mana. Setakat bagi adik kembar enam untuk Airis boleh lagi—"

"Kan sayang? Hm? Khalaf mengukir senyuman nakalnya membalas renungan Aisy.

"Cukup bang. Ini tanda-tanda Della kena balik." Fredella mengambil beg tangannya yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil wad. 'Menciii ahh. Balik ni nak mengadu dekat Harizz'. Dengus hatinya.

"Elok jugalah kau balik. Nanti bagitahu mama aku bawa Aisy balik petang sikit." Khalaf sempat memesan kepada adiknya bertuah seorang itu.

"Bye baby Airis. Kita jumpa dekat rumah Tok Ma okisss!" Sebelum meninggalkan ruangan itu, Fredella mengucup sekilas dahi Airis. Tidak lama kemudian dia terus berlalu keluar dari situ.

"Pekak agaknya telinga." Khalaf merenung tajam ke arah Fredella yang mula menutup pintu rapat dari luar.

"Garang sangat kenapa Farrel nii—" Aisy mula bersuara melihat wajah suaminya yang sedikit tegang.

"Takdalah. Aku garang dekat Della je." Khalaf menarik kerusi sebelum duduk disamping katil Aisy. Tenang pula nada suara lelaki itu menjawab.

"Sayang berpantang dekat rumah aku nanti. Kita stay dekat rumah Tok Ma lagi sehari je." Khalaf merenung lembut wajah isterinya.

"Kenapa nak balik cepat sangat Farrel?" Terangkat kening Aisy mendengar suaminya yang seperti tak mahu lama disini.

"Buat apa lama-lama dekat sini? Baju Airis pun banyak dekat rumah."

Baru Aisy teringat yang sepatutnya dia tidak merancang hendak bersalin disini. Baju-baju bayi yang telah dibeli semasa mengandung dulu tersimpan rapi di rumah agam Khalaf. Nasib suaminya sempat membeli beberapa helai semalam akibat terdesak.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now