°∘∘27∘∘°

64K 3.6K 74
                                    

Pintu bilik peribadi Tengku Rossa dibuka perlahan-lahan oleh Khalaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik peribadi Tengku Rossa dibuka perlahan-lahan oleh Khalaf. Terlewat 10 minit.

"Aduh!"

Berkerut dahi dia melihat Aisy yang sedang memegang bahu kirinya pada waktu itu. Tadi isterinya itu tengah duduk, sekarang sedang berdiri depan rak yang menempatkan fail-fail di suatu sudut.

"Aisy?" Segera Khalaf menerpa ke arah isterinya. Jelas ada sebuah album tebal yang terjatuh di atas lantai.

"Kan dah cakap, behave.." Anak mata memerhati bahu kiri Aisy. Sudahlah pula baru keluar hospital, tak pasal-pasal masuk semula karang.

"Aisy nak ambil album tu. Tapi tinggi sangat--" Tertunduk tunduk wajah gadis itu.

Khalaf hanya menyepi. Kalau hendak di-ikutkan hati, mahu saja dia tegaskan sedikit nada suara tadi. Tapi disebabkan lelaki itu tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut, terpaksalah dia bersabar.

Album yang berada di atas lantai, Khalaf ambil. Lalu lengan Aisy ditarik lembut seraya kaki melangkah ke arah sofa kembali.

Khalaf labuhkan punggung ke atas sofa. Masih dia perhatikan wajah redup Aisy. Tangan gadis itu pula dari tadi memegang bahu kiri. Pedih lahtu, berlaga dengan benda berat.

"Awak.."

"Duduk, aku nak tengok." Lengan gadis itu kembali Khalaf tarik. Menyuruh agar duduk di atas pangkuan ribanya.

"Na-nanti ada orang masuk--" Pintu dipandang sekilas, apabila suaminya baru saja hendak menaikkan lengan baju.

"Sakit? Jum balik, aku cucikan luka--" Khalaf mendekatkan wajahnya pada sisi pandangan tepi gadis itu.

"Sakit sikit." Aisy cuba menyedapkan hati suaminya. Ya, dia rasa bersalah. Walaupun dia cuai, tapi Khalaf masih berlembut.

"Lepasni dengar cakap aku, faham? Kau baru sihat, Aisy." Pinggang Aisy dirangkul bersama lengan kekarnya.

"Saya tak sengaja. Sorry sebab susahkan Farrel."

Tersentak gadis itu apabila tangan Khalaf semakin kedepan pada waktu itu. Rapat sehingga perut.

"Semalam janji apa dengan aku kalau nak ikut pergi sini?" Soal lelaki itu. Takkan dia lupa apa yang dijanjikam oleh isterinya kelmarin. 'Aisy janji, Aisy dengar cakap Farrel.'

"Aisy dah janji dengan Farrel. Apa yang Farrel cakap, Aisy kena dengar." Lembut gadis itu menjawab.

"Then don't do it again." Terselit nada tegas Khalaf membalas.

Khalaf menghembus nafas berat, sebelum tangan kirinya ambil album yang berada di atas meja. Semakin lelaki itu menyelesakan kedudukan isterinya di atas pangkuan.

"Nak!" Cepat-cepat Aisy menghulurkan tangan, hendak merampas album dari tangan suaminya.

"Sabar. Duduk diam-diam kalau nak album ni--"

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now